in

Tumit Tinggi Khas Hari Kebangsaan 2019

Program majalah terbitan Radio televisyen Malaysia (RTM), “Tumit Tinggi” minggu ini, 1 September 2019, pukul 12.05 tengah hari di TV1 khas bersiaran dengan pengisian menarik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019. 

Istimewa minggu ini, sepanjang satu jam siarannya hos akan bersama dengan Atlet Boling Tenpin Kebangsaan, Syaidatul Afifah yang sering menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam setiap balingannya. Diinspirasikan oleh bapanya yang juga seorang bekas atlet boling, Afifah sanggup meninggalkan sukan bola jaring yang amat diminatinya dalam mengejar cita-citanya untuk terus maju dalam sukan ini.

Paparan dalam segmen kedua pula membawa penonton mengikuti program Kayuhan Bakti Gemilang oleh Kumpulan Kayuhan Run Bike Run (RBR) sempena Hari Kebangsaan yang menariknya kerana membabitkan penyertaan oleh 40 orang peserta wanita dari seluruh negara. 

Bersama-sama wartawan lokasi, Eiasha Aneyza bakal mengundang selebriti jemputan, Neeta daripada kumpulan I Am Neeta yang pastinya cukup bersemangat meraikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 ini. Pada masa sama, aktiviti kayuhan yang dikongsikan ini turut mengadakan pelbagai aktiviti kemerdekaan.

Sama-sama semarakkan sambutan Hari Kebangsaan ini dengan menyaksikan perkongsian khas dalam program Tumit Tinggi pada 1 September 2019 (Ahad), pukul 12.05 tengahari di TV1 atau menerusi https://myklik.rtm.gov.my/ | #RTMMobile | #TumitTinggiRTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harapan Ayah & Anak Dalam Filem TAMPAN TAILOR

Mior Muhammad Hafiz Dinobat Juara Litar Maya