in , , ,

Harapan Ayah & Anak Dalam Filem TAMPAN TAILOR

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan program yang memberikan aspirasi kepada semua orang dalam berusaha mengejar impian sekaligus merealisasikannya menjadi kenyataan terutama dalam meraikan sambutan bulan kebangsaan ini.

Menerusi tayangan filem Indonesia bertajuk ”Tampan Tailor” yang menemui penonton pada 1 September ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Layar Asia di TV2, RTM menyuntik perasaan seorang bergelar anak dengan cerita pengorbanan seorang bapa demi mengejar cita mahu mengubah nasib keluarga mereka.

Menerusi karya arahan Guntur Soeharjanto ini, ikuti perjalanan hidup kisah watak utama seorang tukang jahit bernama Topan lakonan mantap Vino G Bastian. Dia berdepan dengan situasi pahit dalam hidupnya setelah kehilangan isterinya yang meninggal dunia akibat penyakit kanser.

TampanTailor (1)

Namun kehidupan perlu diteruskan kerana dia masih memiliki seorang anak bernama Bintang berusia enam tahun yang dibawakan wataknya oleh Jefan Nathanio. Bersama-sama Bintang, Topan melalui hari-hari yang mendatang tanpa arah dan haluan.

Mereka berdua sudah tidak peduli lagi dengan impian membina keluarga yang berjaya. Apatahlagi bila Topan turut kehilangan kedai jahit yang selama ini menjadi tempat dia mencari nafkah mencari rezeki untuk keluarga. Tambah memburukkan keadaan Bintang telah dibuang sekolah kerana tidak mampu membiayai wang persekolahan.

Namun satu hari takdir menemukan Topan dengan wanita dikenali sebagai Prita (Marsha Timothy) ketika dia menumpang tidur di rumah sepupunya, Darman lakonan Ringgo Agus Rahman. Pertemuan tersebut telah membuatkan Topan kembali memiliki sedikit harapan untuk mewarnai kembali hidupnya. 

tampan-tailor-130403b

Kemunculan Prita juga pada masa sama hakikatnya cuba mengembalikan semangat dalm diri seorang ayah untuk memberikan masa depan yang cerah untuk sang anak. Apatahlagi lagi impian tersebut telah lama diwujudkannya bersama-sama isterinya yang telah meninggalkan dunia untuk selama-lamanya. 

Ketika itu Topan mula melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah menjual tiket kereta, menjadi kuli bangunan dan juga kerjaya yang membahayakan nyawanya iaitu menjadi tukang aksi lagak ngeri. 

Semangat Topan yang luar biasa telah berjaya memikt hati Prita, penjaga kedai di stesen kereta. Prita menghulurkan bantuan dan semangat agar Topan mengubah nasib keluarganya terutama masa depan Bintang. Lalu apakah kesudahannya? Adakah kebahagiaan akhirnya menjadi milik mereka?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sah! Sekali Lafaz Nadzmi Adhwa Kini Jadi Suami Ardell Aryana

Tumit Tinggi Khas Hari Kebangsaan 2019