in , ,

Selepas Aeril, Wawa Zainal Pula Positif Covid-19, Sampai Bila Mampu Bertahan?

Semoga Wawa Zainal sekeluarga cepat sembuh.

Sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel memaklumkan kepada umum berhubung dirinya yang disahkan positif C0vid-19 buat kali kedua. Menurutnya lagi, dia hanya duduk di rumah sahaja dan tidak merayau kemana-mana tanpa tujuan penting.

Sehubungan itu, Aeril Zafrel turut khuatir dengan keadaan isterinya, Wawa Zainal dan anak-anak yang tinggal serumah bersama.

Difahamkan, sejurus Aeril disahkan positif Covid-19, Wawa dan anak mereka segera melakukan ujian saringan serta memisahkan tempat tidur dengan suaminya. Terkini, Wawa memaklumkan dia dan anak-anaknya disahkan negatif setelah melakukan ujian saringan tersebut.

Alhamdulillah, swab semalam Wawa dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi syukur ya Rabb. Cuma kadang-kadang takut. Sampai bila kita mampu bertahan dari Cvid ni ya Allah. Risau sangat, adik beradik Wawa, anak saudara, ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka. Cepat la habis Covid, Kau angkat la v1rus ni ya Allah. Tak tenang dah kita.

Aeril Zafril Positif Covid-19 Kali Kedua

Mimpi ngeri berulang kembali bagi pelakon, Aeril Zafril setelah sekalig lagi disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, 32 mengesahkan perkara tersebut menerusi Instagramnya.

“Positif Covid-19 lagi. Tahun ini sahaja sudah dua kali kena. Padahal duduk rumah sahaja.

“Ada yang macam ini? Duduk di rumah pun positif?,” tulisnya.

Dalam pada itu, Instagram Aeril terus dihujani doa dan kata-kata semangat rakan selebriti dan peminat yang ingin melihatnya segera sembuh daripada wabak berkenaan.

Antara rakan artis yang menulis di ruangan komen adalah penyanyi tersohor, Anuar Zain.

“Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat Aeril. Amin ya rab,” tulisnya.

Selain itu, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi kata semangat untuk pelakon 7 Petala Langit ini.

“Terus kuat babe,” tulisnya.

Aeril sebelum ini pernah dijangkiti wabak tersebut pada Januari, awal tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tular Video Tiru Suara Siti Nurhaliza, Amsyar Lee Muncul Dengan Single TAK MUNGKIN

Inspirasi Menerusi Hijrah Pengorbanan