in , ,

“Tuhan Ciptakan Adam & Hawa, Bukan Adam & Haikal,” – Naim Daniel

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan seorang individu lelaki tampil berani menyatakan harapan serta impian untuk ‘geng pelangi’.

Difahamkan, individu tersebut berharap agar semua pihak menerima golongan mereka dengan hati terbuka dan diterima di Malaysia.

Luahan individu itu mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang turut tampil memberikan pendapatnya mengenai perkara itu di laman Twitter. 

Menurut Naim, manusia diciptakan untuk hidup berpasangan iaitu lelaki dan wanita, namun bukan dengan sesama jantina.

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan haikal,”

– NAIM DANIEL

Perkongsian Naim itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang bersetuju dengan pendapatnya itu, namun kenyataannya itu ternyata mengguris hati golongan tersebut.

Susulan kenyataan Naim itu, ada yang bertindak melabel Naim sebagai seorang homophobic dan mengatakan seseorang selebriti tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat Naim berhak menyuarakan pendapatnya. Namun, ada yang meminta supaya penyanyi itu tidak masuk campur dalam hal tersebut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured Zero | 15

Tahniah! Aruel Ariel Dinobat Sebagai Juara Pertandingan Getaran Jiwa

Portal Featured Zero 1 | 16

DJI Mini 3 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia dengan Harga RM3,999