in , ,

Tuah Adzmi Lancar Single KECEWA, Hikmah Sebalik PKP

Harapan penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi untuk melancarkan single serta video muzik terbaru serentak tidak kesampaian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tuah Adzmi berkata, mengikut perancangan awal, single dan video muzik berjudul Kecewa mahu dilancarkan serentak di YouTube FMC Music, Khamis lalu.

“Sepatutnya single kedua saya dilancarkan serentak dengan video muzik.

Tetapi ketika kami mahu memulakan penggambaran, kerajaan melaksanakan PKP. Ini membuatkan segala perancangan terbantut.

“Sebagai ganti, kami menayangkan video muzik lirik di YouTube kepada peminat. Saya harap peminat terhibur dan sabar menantikan klip video rasmi lagu ini,”

– Tuah Adzmi

Bagaimanapun, Tuan Adzmi atau nama sebenar, Arumi Nafis Mohd Adzmi enggan menyalahkan situasi. Sebaliknya, dia bersyukur dan yakin ada hikmah besar buat lagu terbarunya itu.

“Sebagai penyanyi dan pencipta lagu ini, pasti saya meletakkan harapan luar biasa. Saya anggap keadaan ini adalah cabaran besar bagi pencipta muda seperti saya.

“Tidak dinafikan, saya sangat berdebar dan risau dengan sambutan yang bakal diberi. Adakah lagu ciptaan saya diterima? Ke manakah arah tuju dan kedudukan saya dalam industri hiburan pada masa akan datang,”

– Tuah Adzmi

Sejak ditayangkan, muzik video lirik single Kecewa merekodkan lebih 95,000 tontonan.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook | 23

Apple TV+ Boleh Ditonton Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Neelofa Model | 24

Kongsi Ilmu Di Live Neelofa, Doa Dibaca Ustaz Ahmad Dusuki Buat Semua Sebak