in ,

Kongsi Ilmu Di Live Neelofa, Doa Dibaca Ustaz Ahmad Dusuki Buat Semua Sebak

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan, ramai artis yang membuat Live IG bagi berinterkasi dan berkongsi kehidupan harian bersama peminat masing-masing.

Salah seorang selebriti tersebut adalah pelakon dan juga usahawan terkenal, Neelofa yang dikenali sebagai seorang selebriti yang kental walaupun sebelum ini namanya banyak terpalit dengan bermacam kontroversi yang mendedahkannya dengan kecaman masyarakat.

Sebelum ini, dia pernah melakuan soal jawab dengan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga beberapa usahawan serta rakan artis.

Kali ini siapa sangka, doa seorang pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki menyentuh hati nurani wanita ini sehingga mengalirkan air mata di depan ribuan netizen.

neelofa

Live IG Bersama Pendakwah Ustaz Ahmad Dasuki

Malam tadi, Neelofa telah membuat Live IG bersama Ustaz Ahmad Dasuki yang juga merupakan seorang pendakwah terkenal. Dalam perkongsian tersebut banyak ilmu yang diperoleh terutamanya berkenaan cara kita untuk berubah menjadi lebih baik.

Dalam rakaman live Instagram semalam, doa yang dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki berkenaan kematian dan alam barzakh yang akan dihadapi setiap manusia hidup. Turut dipohon adalah supaya kubur diwangi dan dilapangkan serta dijadikan taman di antara taman-taman syurga.

Air Mata Tak Mampu Ditahan

Selain itu, doa yang menyebut perihal orang tua kita dan juga memohon agar diangkat segala penyakit yang sedang menular ketika ini benar-benar meruntun hati dan perasaan sesiapa yang mendengar. Neelofa cuba menahan sebak dan linangan air mata dan beberapa kali beralih ke luar skrin mengelak tangisannya itu disaksikan ramai. Dia juga turut menunduk sambil mencapai tisu mengesat air mata yang sesekali tumpah.

Di pengakhiran doa, bekas juara Dewi Remaja ini akhirnya berjaya mengawal emosi walaupun wajahnya masih kelihatan sugul dan masih menahan air mata dari terus tumpah.

Rindu Arwah Mak Dan Abah

Laman Facebook Viral Media Johor turut berkongsi bingkisan doa yang dibacakan oleh Ustaz Ahmad Dasuki menerusi Instagram Neelofa.

Menerusi sumber, rata-rata warganet mengakui tersentuh dengan perkongsian tersebut dan apa yang disampaikan pendakwah bebas itu sangat bermanfaat kepada diri masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tuah Adzmi Lancar Single KECEWA, Hikmah Sebalik PKP

Kemeja Putih Lengan Dilipat, Perunding Imej Ini Kongsi Rahsia Sebalik Penampilan PM