in , ,

Apple TV+ Boleh Ditonton Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Perkhidmatan penstriman video Apple TV+ mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia sejak November 2019. Ia adalah jawapan Apple kepada Netflix dan Disney+ yang pada waktu ini mendominasi perkhidmatan penstriman video berbayar.

Bermula esok 11 April, Apple TV+ boleh diakses oleh semua pengguna global secara percuma. Sungguhpun begitu katalog kandungan yang boleh distrim adalah terhad kepada lapan sahaja iaitu Dickinson, For All Mankind, Ghostwriter, Helpsters, Little America, Servant, Snoopy in Space, dan The Elephant Queen.

Rancangan popular seperti The Morning Show dan baharu seperti Amazing Stories masih memerlukan langganan untuk distrim.

Apple TV

Sejak dilancarkan jumlah kandungan yang ditawarkan oleh Apple TV+ adalah kecil jika dibandingkan dengan pesaing. Apple sendiri masih belum mengumumkan berapakah jumlah pelanggan berbayar rasmi sejak dilancarkan.

Malahan mereka turut menawarkan langganan percuma selama setahun kepada pelanggan yang membeli produk Apple tahun lalu.

Strim kandungan Apple TV+ secara percuma menerusi pautan ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 28 April Ini

Tuah Adzmi Lancar Single KECEWA, Hikmah Sebalik PKP