in

Trivia: Kasut Milik Pelawak Manakah Ini?

Semalam, Budiey singgahlah sekejap di sesi rakaman Zoom In Raya RTM di Angkasapuri untuk menemani rakan media lain mencari bahan. Dek sibuk sangat ‘mengintip’ sambil snap gambar selebriti di bilik persalinan artis, Budiey tak sempat nak menjenguk masuk auditorium untuk tengok diorang buat persembahan.

Selain borak dengan Jaclyn Victor, kami sempat berborak-borak dengan seorang pelakon komedi ini yang memakai kasut sukan ini… agak-agak korang siapa agaknya pelawak yang dimaksudkan? Klunya, pelawak ini diheboh telah bercerai tetapi yang sebetulnya dia masih lagi dengan isterinya.

Budiey nak lari dari topik jap. Esok, satu sidang media Maya Karin akan diadakan di pejabat pengurusan Maya kat Petaling Jaya. Ada dua perkara yang akan diumumkan oleh Maya Karin. Pertama, pasal pelancaran laman web rasmi Maya Karin iaitu http://www.mayakarin.com. Dan, kedua…. suprise… suprise… apalah agaknya yang akan diumumkan oleh Maya Karin agaknya ya?

Cuba korang teka? (Jangan lak ada yang kata, pengumuman tarikh melihat anak bulan lak? Puasa lambat lagilah!)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey Mencari 20 Pembaca Bertuah Bagi Menghadiri Majlis Pra Tonton Filem I’m Not Single!

GAMBAR KEMERIAHAN VIEWING PARTY PERLAWANAN AKHIR EURO 2008