in

Trivia Beg Tangan GUCCI Selebriti Mana Ni?

Trivia kita pada pagi ini ialah… ya, nampak tak beg tangan kat bawah ni. Ya, agak-agak berapa RM harga beg GUCCI berbentuk empat segi dengan menggunakan 3 warna asas, krim, pastel dan merah ni.?

Lawa, simple dan sesuai dengan untuk dibawa ke mana-mana event, kata dia lah. Jadi, milik siapa beg GUCCI ni?

Selebriti ini Budiey senaraikan antara 10 orang selebriti PALING HOT DAN SENSASI di Malaysia. Bergelar janda sebab sudah pun bercerai dengan suaminya tu dan gossip pasal dia ni sangat la banyak dan tak henti-henti orang duk kata dia itu dan ini. Beliau seorang pelakon, pengacara dan model terkenal.

Bagi Budiey, selebriti ni sangat mesra dan peramah. Tak lokek untuk say hi kepada mana-mana media yang dia kenali. Mesra alam sangat dia ni. Takdelah sombong seperti yang diperkatakan.

Sekarang ini, selebriti ini giat dalam kerja-kerja amal walaupun sangat sibuk dengan kerjaya model dan emcees serta menjaga anaknya. Tak lama lagi beliau dan rakan-rakan selebriti yang kamceng dengannya akan mengeluarkan kad ucapan untuk hari raya.

Jawapan untuk trivia ini akan disiarkan pada jam 3 petang nanti. Kalau nak tahu, jangan lupa layari blog ini semula. Gambar-gambar beliau bersama dengan beg GUCCI ini akan disiarkan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelancaran DRIVE Program TV Kereta NTV7

Gambar Daphne Iking dengan Beg GUCCI