in

Gambar Daphne Iking dengan Beg GUCCI

Jawapan kepada Trivia ini ialah… Daphne Iking.

Menurut Daphne yang Budiey temui semalam di Pelancaran Program TV terbaru ntv7, DRIVE… tak silap katanya dia beli beg GUCCI ni kat Hong Kong.

Seperti Budiey tulis dalam trivia sebelum entri ini, walaupun sibuk dengan anak dan karier sebagai model dan pengacara, selebriti hot ni tak lupa untuk giat aktif dalam kegiatan amal. Setiap hujung minggu dia meluangkan masa bersama kawan-kawannya untuk menanam pokok di rumah kebajikan. Selama 4 jam dah cukup untuk buat dia rasa puas dan selesa dengan aktiviti amal ini. Kadang-kadang, Daphne bawa anaknya, Isobell bersama-sama.

Daphne ternyata gembira melihat orang lain gembira.

Selain itu, Daphne terlibat dengan bengkel bagi membantu orang-orang pelarian dan membina rumah papan untuk mereka.

Untuk menghabiskan masa lapang, Daphne suka bermain go-kart untuk mengumpulkan dana bagi pusat penjagaan kanak-kanak kurang upaya & mangsa gangguan seksual.

Terbaru, Daphne dan rakan ahli The Celepets iaitu Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Dynas, Yasmin Hani, Serena C dan Atilia akan mengeluarkan kad ucapan Hari Raya dengan kerjasama sebuah syarikat korporat yang mengetengahkan konsep 1Malaysia.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Yek eleh…ingatkan siaper tadi…
    rupernyer si nyonya.. “thank you LATOK thank u LATOK for coming” ni..

    haha! 😀

  2. Okla tu…dah semakin berusia…mesti la ada wrinkles sket2…normal la tu!
    Kang kalau Daphne ni cucuk botox kat muka dia….ada gak suara2 sumbang mengutuk! Haiyooo….yg ado la korang ni!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Trivia Beg Tangan GUCCI Selebriti Mana Ni?

Lisdawati, Almy Nadia, Yatt dalam Telemovie 3 Mawar Dara