in , ,

Trip Budiey ke Manchester Hari Ke-2

Setelah menempuh lebih 14 jam perjalanan di ruang udara angkasaraya, itu pun tak termasuk singgah berpijak selama 3 jam di bumi Dhubai, akhirnya Budiey dan rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Manchester pada jam 6.30 pagi. Syukur, perjalanan kami selamat dan tidak menempa banyak masalah. Dalam flight pun, kami happy sebab sentiasa kenyang sebab sentiasa ada makanan. Nak makan mee segera pun boleh, mintak aje. Itulah kelebihan Emirates Airlines. Semuanya percuma.

Dari KLIA – Dhubai, kami berlepas ke Dhubai dalam jam 7.30 malam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhubai pada jam 11 malam waktu Dhubai. Kemudian, kami kena transit dan menunggu di Dhubai kira-kira 3 jam dan kemudian terbang semula pada jam 3 pagi waktu Dhubai.

Dubai

Lapangan terbang Dhubai ni besar jugak la. Seperti gak KLIA, kat sini memang banyak sekali gedung-gedung dan kedai untuk membeli belah bebas cukai.

Tiba di Manchester Airport, suasana rasa menjadi kian sejuk sehingga mencucuk tulang. Terlupa bahawa diri berada di negara yang sememangnya terkenal dengan iklim yang sangat sejuk. Lapangan terbang di sini tak lah sibuk mana pun pada waktu ini. Untuk info, Airport Manchester atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Ringway di mana ianya menjadi lapangan terbang utama di Ringway yang terletak di pinggir bandar Manchester, United Kingdom.

Trip Ke Manchester Day 2

Budiey bersama jaguh sukan hoki negara, Mirnawan Nawawi dan penyanyi Tomok. Syukur kami sampai di sini dengan selamat.

Jika sampai pagi biasanya kita akan menempuh jalan yang sesak, seperti juga bandar-bandar lain kerana kenderaan memang banyak pada waktu orang nak berpusu-pusu keluar untuk ke pejabat.

Trip Ke Manchester Day 2

Tomok bersama dengan dua orang pemandu yang membawa kami ke hotel.

Tak lama di luar airport, kami terus dibawa oleh dua orang pemandu pelancong ke Hotel. Namun, dalam perjalanan ke hotel, kami sempat pula dibawa ke Stadium Old Trafford. Katanya, saje nak kasi kami teaser dulu sebelum datang lagi untuk dua hari sepanjang kami kat sini.

Tomok kelihatan happy dan seronok je berada di Manchester.

Trip Ke Manchester Day 2

Sebagai teaser atau pelazat bicaranya, Budiey letaklah dulu gambar masa kami pertama kali singgah di laman stadium yang penuh dengan sejarah kegemilangan pasukan pujaan kami, Manchester United.

Semasa menjijakkan kaki di sini, Budiey rasa macam tak percaya pun ada gak sebab sebelum ni hanya dapat tengok di kaca TV sahaja tapi kali ini dapat merasai sendiri udara nyaman yang sejuk dan dapat pijak kaki di tanah yang begitu luas ini.

Sesungguhnya, tarikh hari ini akan terus kekal dalam sejarah untuk peminat setia lagi fanatik Manchester United seperti kami kerana hari ini dalam sejarah, kami akhirnya sampai di tempat yang wajib dikunjungi untuk sekalian penyokong MU.

Trip Ke Manchester Day 2

Dengan berbaju yang agak kurang tebal, Budiey redah je suhu yang sangat sejuk, melepasi paras beku 0 darjah selsius. Tuhan punya tahu, sejuk dia memang sangat sangat sejuk.

Trip Ke Manchester Day 2

Kat depan dan di luar stadium, Budiey lihat ada satu menara jam yang tidaklah tinggi mana di kawasan letak kereta are E1. Menara jam ini dikenali sebagai The Hublot Clock Tower. Tapi Budiey rasa menara The Hublot ini dah cukup menampakkan begitu gahnya stadium yang boleh memuatkan seramai 75,811 orang penonton dalam satu masa. Stadium Old Trafford adalah stadium kedua yang terbesar di England selepas Stadium Wembley. Stadium ketiga terbesar di United Kingdom dan stadium yang ketujuh terbesar di Eropah.

Trip Ke Manchester Day 2

Dalam hati masing-masing, sememangnya dah tak sabar-sabar lagi untuk menonton secara live perlawanan Manchester United menentang Liverpool pada 11 Februari di sini.

Trip Ke Manchester Day 2

Ini dia kesemua rombongan dari Malaysia yang dibawakan oleh Mister Potato, Rakan Snek Global untuk Manchester United selama 3 tahun. Semestinya, Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada Mister Potato kerana sudi menjemput Budiey.com ke Manchester United.

Tak sampai pun 10 minit kami jejak kaki di situ, dah tak tahan sangat dengan keadaan sejuk yang menggila, kami terus di bawa ke hotel yang menjadi tempat kami menginap sepanjan 3 hari 2 malam kami di Manchester.

Kami menginap di Hotel Ramada Salford Quays yang terletak di Jalan Salford, Manchester. Sangat dekat dengan Stadium Old Trafford. Kalau nak jalan kaki pun boleh. Sangat dekat, kalau jalan kaki tu, dalam 15 minit pun boleh sampai.

Jadi, Budiey nak cadangkan, kalau korang nak datang ke sini, bolehlah menginap kat Hotel Ramada ni. Tapi rasanya ada hotel atau pusat penginapan yang lain berdekatan dengan stadium seperti Premier Inn tapi rasanya, hotel Premier Inn tu selalunya akan penuh menjelang perlawanan sebab tawaran harganya begitu murah dan kedudukannya pun sangat dekat dengna Stadium Old Trafford.

Lampu-Lampu Bulat Di Cafe Ramada Hotel

Sejurus masuk je dalam hotel ni, ada cafe kat sebelah kanan. Dihiasi dengan lampu-lampu bulat yang besar buatan IKEA. Di depan ruang yang agak tak berapa luas tu, ada mejar receptionist. Ringkas, kemas dan elegan. Rasanya itu yang tepat untuk menggambarkan Hotel Ramada ni.

Hotel Ramada ni taklah besar mana pun tapi cukuplah rasa keselesaan dan lokasinya berdekatan dengan kemudahan pengangkutan seperti train dan juga teksi pun senang. Tu la sikit saje rebiu hotel untuk kali ini. Hehe šŸ™‚

Trip Ke Manchester Day 2
Trip Ke Manchester Day 2

Hotel Ramada ni ada 8 tingkat. Kebanyakannya dihuni oleh penyokong Manchester United dan dikatakan hotel ini akan penuh emnjelang hari perlawanan di stadium.

Dan, yang paling bestnya, bagi Budiey yang suka dan kena online 24 jam ni, hotel Ramada menawarkan WiFi percuma untuk setiap pengunjung. Terbaeklah kan, tak perlu nak bayar dan keluarkan duit untuk kemaskini blog, twitter dan Facebook macam sesetengah hotel yang Budiey tinggal sebelum ni. Memang nak kena labur sejumlah wang pulak untuk guna WiFi.

Trip Ke Manchester Day 2

Nak check ini kat sini pun tak mengambil masa yang lama. Segala urusan dah pun siap seusai segalanya dah pun ditempah lebih awal. Selepas dapatkan kunci, kami terus naik ke kamar masing-masing dengan diberi masa tak kurang 45 minit sebab kami akan ke Stadium Old Trafford pulak untuk Musuem & Stadium Tour. Jadi, cukuplah nak berehat sekejap. Masing-masing dah rasa keletihan yang amat sebab ada yang tak dapat tidur pun masa dalam penerbangan. Mungkin ada yang terlalu teruja dan mungkin ada yang layan movie.

Namun, Budiey rasa keletihan tu hilang kerana rasa teruja yang amat sangat tu menjadi pengubat keletihan. Jadi, dalam keletihan tu, kami sanggup berjalan kaki dari Hotel Ramada ke Stadium Old Trafford. Pergh! Memang ginilah fanatik Manchester United.

Trip Ke Manchester Day 2

Haa, tu dia, dalam ramai-ramai dalam rombongan kami ni, ada sorang je yang boleh pakai baju jersey iaitu Zany. Boleh pulak tahan sejuk. Sementara kami yang lain dah lengkap dengan baju tebal, dan Zany ni boleh pulak pakai seluar pendek. Fuh, rasanya dia nak uji ilmu kebal kot. Memang tabik spring la kalau boleh tahan sejuk cam ni.

Ini pula gambar Tomok semasa dalam perjalanan ke stadium. Tengok, Tomok dah siap dengan iPad kat tangan. katanya senang nak update twitter dan Facebook. Kebetulan, menurut kata Tomok, sim kad broadband yang dibeli semasa berkunjung ke London pada bulan November lalu masih lagi diguna pakai. Jadi, apa lagi best la dapat online. Oh ya, untuk info, Tomok pernah datang ke London untuk menjalani rakaman single dan juga rakaman muzik video lagu tema untuk kempen Coca Cola bersama dengan sebuah band terkenal di sini.

Trip To Manchester Day 2

Dalam perjalanan ke stadium tu, kami menyelusuri beberapa batang jalan dan sebuah sungai. Antara jalan yang kami susuri jalan Trafford Wharf yang terletak bersebelahan dengan Sungai Trafford.

Jalan-jalan di sini pada waktu pagi pun takdelah terlalu sesak dengan orang ramai. Mungkin sebab cuaca agak sejuk, jadi tak ramai yang nak keluar.

Trip To Manchester Day 2

Tak sampai 15 minit macam tu, akhirnya dah sampai. Nampak stadium Old Trafford tersergam kukuh.

Trip To Manchester Day 2

Kalau tak silap, sebelum ini Mister Potato pernah membawa beberapa orang artis yang turut menjadi penyokong Manchester United. Antaranya penyanyi lagu Karma iaitu Faizal Tahir dan AG Hot FM. Kalau tak silap gak la, diorang datang bersama dengan boss Media Prima pada masa tu. Budiey pernah baca blog AG Hot FM tulis pasal pengalamannya datang ke sini.

Trip To Manchester Day 2

Sampai-sampai je, macam biasalah, nak kena abadikan kenangan di luar stadium ni. Kat sini ada 2 tugu ala-ala tugu peringatan. Tugu pertama yang Budiey lihat ada betul-betul di bawah tulisan MANCHESTER UNITED yang dicahayakan dengan lampu neon warna merah iaitu tugu Sir Matt Busby dan sebuah lagu tugu yang tersergam kukuh bertentangan dengan tugu Sir Matt Busby iaitu tugu The United Trinity. Ia merupakan tugu untuk tiga orang pemain Manchester United yang digelar Holy Trinity” of Best, Law and Charlton.

Trip To Manchester Day 2

Budiey bergambar bersama tugu The United Trinity.

Stadium &Amp; Musuem Tour

The statue of Sir Matt Busby, overlooking the East Stand forecourt.

Trip To Manchester Day 2

Rasanya dah panjang benar Budiey tulis entri ini. Jadi, Budiey berhenti di sini dulu ya. Selepas ini, Budiey akan tulis pengalaman istimewa dan penuh bermakna bagi kami semasa dibawa melawat Muzium dan juga Stadium Old Trafford.

Selain akan menyelongkar pengalaman di stadium dan muzium tour, Budiey juga akan bercerita tentang sebuah pusat membeli belah untuk barangan merchandise Manchester United yang cukup eksklusif terletak di stadium ini iaitu MEGASTORE.

Stay tuned ya!

Trip To Manchester Day 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO Siaran Langsung Penuh Uefa Euro 2012 HD

Top Chef Just Desserts di ntv7