in , ,

Siti Sarah Ada Alasan Singkir Shuib

Kesian Shuib kena singkir oleh isteri sendiri. Khabarnya, Shuib tak sesuai untuk tampil dan berlakon dalam klip muzik video single terbaharu Siti Sarah yang berjudul SEMAKIN. Alahai, kena cari orang lain gak ni sebagai ganti kan? Tak pe, harap Shuib bersabar ya.

Siti Sarah

Penyanyi yang juga finalis AJL33, Siti Sarah mengakui terpaksa menyingkirkan suaminya, Shuib untuk beraksi dalam klip video muzik singlenya Semakin walaupun nama pelawak itu turut berada dalam senarai teratas pilihan peminat.

Menurut Sarah, nama Shuib Sepahtu turut memberi saingan sengit kepada tiga calon pilihan peminat iaitu pelakon popular Remy Ishak, Zul Ariffin dan Fikri Ibrahim.

Siti Sarah Raissuddin SEMAKIN SFMM33

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan akhirnya saya putuskan untuk menyingkirkan Shuib dari senarai terakhir.

“Shuib juga komposer lagu Semakin dan sebagai artis, saya juga mahu bekerjasama dengan artis lain untuk klip video muzik single terbaru ini dan Shuib juga menghormati keputusan ini.”

– Siti Sarah

Mengenai siapa calon pilihannya pula, kata Sarah, pihaknya sudah menghubungi tiga pelakon popular pilihan peminat itu untuk disenarai pendek.

Showcase Special Siti Sarah

“Sebagai mana yang kita tahu, Remy memang menjadi pilihan peminat kerana namanya kini meletup dalam drama Pujaan Hati Kanda di Slot Akasia TV3 dan Lelaki Kiriman Tuhan.

“Manakala, Fikri pula meniti di bibir peminat dalam drama Cokelat Honey.

“Selepas pemilihan pelakon dibuat, pihak kami memulakan penggambaran klip video muzik Semakin.

“Nama pelakon yang dipilih pula akan di rahsiakan terlebih dulu sehingga majlis pelancaran klip video muzik ini nanti,”

– Siti Sarah

Terdahulu, Sarah menganjurkan pencarian pelakon lelaki terbabit selepas berada dalam dilema untuk memilih pelakon untuk beraksi dalam Klip video muzik untuk singlenya, Semakin.

Sarah turut dibantu Shuib untuk meninjau pendapat peminat mereka melalui laman Instagram.

Mengungguli carta pilhan peminat mereka adalah pelakon Remy Ishak, Fikry Ibrahim dan Zul Ariffin.

Untuk rekod, jumlah klik ‘suka’ tinjauan itu mencapai lebih 161,000, manakala, komen cadangan mencecah 12,000.

Klip video lirik pula sudah mencecah lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Justeru, siapakah yang bakal memenangi hati Sarah dalam pencarian jejaka “Semakin”?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Travelog PELIKNYA NAMA Siri 2

Top 10 Lagu Workout di Spotify 2019