in ,

[Travel] Tenangnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Jika anda inginkan percutian yang eksklusif dan mencari ketenangan namun masih ingin berada dekat dengan kesibukan bandar, terbanglah ke Bali dan menginaplah di Sahana Villas.

Ia adalah jawapan yang paling tepat untuk anda kerana biarpun lokasinya terletak di kesibukan kawasan Seminyak, ia sebenarnya tersembunyi daripada segala hingar-bingar yang mungkin mengganggu ketenteraman.

Malah lokasinya benar-benar hanya beberapa minit sahaja dari ajnas kedai serbaneka, restoran dan juga ‘dunia malam’ di Seminyak yang sibuk dengan hanya berjalan kaki.

Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Di vila ini, mereka menawarkan sesuatu yang sangat berbeza dari hotel dan resort yang terdapat di sekitar Seminyak iaitu – pengalaman yang benar-benar aman di vila mereka sendiri.

Ini kerana vila ini tersembunyi di salah satu lorong di jalan utama Seminyak. Jadi walaupun tamu berada dalam ketenangan, mereka masih boleh pergi ke kawasan Seminyak yang sibuk dalam beberapa minit sahaja tanpa menaiki kereta!

Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Sahana Villa direka dengan unsur moden yang penuh kemewahan. Apabila anda sampai sahaja di vila anda, pintu pertama membawa anda masuk ke kawasan taman anda sendiri yang hijau dan luas dan disertai dengan kolam renang peribadi anda sendiri.

Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Setiap vila mempunyai kolam renang tersendiri lengkap dengan ruang rehat serta ruang makan yang berkonsepkan ‘Open Space’ atau ruangan terbuka dan juga dapur untuk memasak. Anda pasti akan berasa seperti menginap di sebuah rumah yang mewah dan ekslusif kerana semuanya sudah tersedia!

Kesemua unit vila di sini mempunyai tiga buah bilik yang luas dengan segala kelengkapan moden seperti televisyen, sambungan internet wi-fi dan macam-macam lagi.

Keistimewaan yang paling menarik di vila ini ialah bilik airnya yang berkonsepkan ruangan terbuka dan besar. Ia bukan hanya mempunyai satu ruang mandi tetapi ada dua pancuran mandian luar!

Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Turut tersedia sebuah sofa yang besar dan mewah sambil dikelilingi daun-daun hijau ibarat anda sedang mandi di dalam taman yang segar. Boleh dikatakan setiap ruang di dalam vila ini sesuai untuk anda bergambar.

Selain bilik airnya yang menarik, Sahana Villas turut menyediakan perkhidmatan servis bilik di mana anda boleh memesan makanan dan sarapan juga disediakan di vila anda setiap pagi. 

Para tamu yang tinggal di sini boleh merasai sendiri perkhidmatan yang sangat peribadi dari saat mereka mendaftar masuk hinggalah mereka meninggalkan vila tersebut. 

Jadi sekiranya berkunjung ke Bali, pastikan Sahana Villas menjadi pilihan anda!

Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali
Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali
Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali
Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali
Indahnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Ang Akui Sudah Peluk Islam Sejak Setahun Lalu

Peraduan Menang Barangan Merchandise Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL