in ,

Peraduan Menang Barangan Merchandise Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem aksi fiksyen dan komedi terbaharu berjudul MEN IN BLACK: INTERNATIONAL akan menemui penonton tidak lama lagi. Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia ingin memberikan hadiah barangan merchandise filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL buat penggemar filem ini. Terima kasih banyak-banyak buat Sony Pictures Malaysia!

Budiey percaya filem lanjutan dari filem Men in Black 3 (2012) ini akan membuatkan korang rasa teruja dan tak sabar sebab nak tahu apakah kelainannya jalan cerita kali ini.

Yang menariknya, filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL merupakan filem yang diarahkan oleh F. Gary Gray dan ditulis oleh Art Marcum dan Matt Holloway. Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL merupakan spin-off dari siri filem Men in Black, yang diadaptasi dari komik Malibu/Marvel dengan judul sama. Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL dibintangi Chris Hemsworth, Liam Neeson dan Tessa Thompson. Sementara Rafe Spall, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson dan Emma Thompson menjadi pelakon pembantu.

Men In Black: International

Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia ingin memberikan hadiah barangan merchandise filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL buat penggemar filem ini. Terima kasih banyak-banyak buat Sony Pictures Malaysia! 

Filem ini merupakan sekuel untuk MIB pertama yang sebelum ini dilakonkan oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones. Selaku agen organisasi rahsia MIB, Smith dan Jones bersama-sama memberantas alien. Lakonan yang spontan dengan gaya bersahaja, menjadikan kedua pelakon ini memberi impak menjadikan MIB sebuah filem yang sukses sejak mulai ditayangkan di pawagam mulai 1997. 

MIB juga menampilkan Liam Neeson sebagai pemimpin MIB London, Emma Thompson yang memegang watak sebagai Agen O yang mengetuai organisasi MIB. Antara watak lain dilakonkan oleh Rebecca Ferguson, Kumail Nanjiani, dan Rafe Spall. 

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL diarahkan oleh F. Gary Gary (The Fate of the Furious, Straight Outta Compton) yang akan membawa penonton pada kekacauan yang tercetus di MIB London. 

Budiey menjangkakan kemungkinan besar filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL ini akan menyusul kejayaan filem sebelum ini iaitu Men in Black 3 (2012) yang mencatat pendapatan yang memberangsangkan, iaitu 624 juta dolar Amerika Syarikat dari penjualan tiket di seluruh dunia. 

Sony Pictures Entertainment telah melancarkan trailer MEN IN BLACK: INTERNATIONAL yang dibintangi Chris Hemsworth dan Tessa Thomson. Kedua-dua pelakon ini dipertemukan kembali selepas berlakon dalam filem Thor: Ragnarok. 

Dalam trailer ini, kita dapat saksikan Agen M bergabung dengan organisasi rahsia MIB, seperti Smith di film pertama. Thompson diperkenalkan bersama kewujudan alien yang hidup di bumi dengan menyamar sebagai manusia. Mereka memikul tugas bagi menghentikan bencana global yang disebabkan alien. 

Hemsworth yang memegang watak Agen H tampak segak mengenakan suit lengkap dan berkacamata hitam. Ia bergabung tenaga bersama dengan Agen M (Tessa Thompson) untuk menumpas alien-alien yang ada di bumi. 

Men In Black: International

Sinopsis Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL menceritakan tentang pasukan agen rahsia Men in Black (MIB) melindungi Bumi dari ancaman alien. Agen rahsia Men in Black yang berpusat di London terlibat dalam serangkaian serangan dari alien yang membuat mereka menjelajah mengelilingi dunia.

Dalam kisah terbaru ini, agen baru merekrut agen M (Tessa Thompson) yang dilatih oleh agen O (Emma Thompson) yang selanjutnya ditugaskan untuk bekerjasama dengan Agen H (Chris Hemsworth) di dalam sebuah misi. Men in Black kali ini menangani ancaman terbesar.

Berjayakah agen ini menumpaskan alien ini? Nak tahu kesudahannya, anda kenalah menonton kesudahan filem ini di pawagam berdekatan dengan anda.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 13 Jun 2019.

Berikut adalah barangan merchandise yang anda perlu menangi:

Mib4_Tshirt-V2
3 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ T-SHIRTS
Mib-Stickers_Vis6
2 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ DECALS
Mib4_Mini_Fig_V1
2 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ PAWNY FIGURINE
Mib4_Pinbadge_V1
2 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ PIN BADGE
Mib4_Waterbottle_V1
1 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ WATER BOTTLE
Mib_Wallet_Vis3
1 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ RFID WALLET
Mib4_Magnet_V1
2 X LIMITED EDITION ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’ PAWNY MAGNET

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MIB3MY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang SHARE di Facebook, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila share di Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Apakah yang berlaku di minit 1:00 dalam trailer di atas?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

301679647 9798145995 O | 3

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Tarikh tutup peraduan: 30 Jun 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 13 Jun 2019.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Men In Black: International
Men In Black: International
Men In Black: International

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[Travel] Tenangnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali

Cardi B Leads The 2019 Billboard Music Awards Nominations With 21 Nods!