in

Trailer Filem Santau Lakonan Putri Mardiana

Seram dan ngeri. Itu yang Budiey dapat tafsirkan bila menonton trailer filem SANTAU ni. Santau arahan Azhari Muhammad Zain ini adalah filem yang ke-34 terbitam MIG Productions. Difahamkan semasa pengambaran filem ini berlangsung, khidmat bomoh digunakan untuk memantau dan membantu mengelakkan gangguan makhluk halus.

Selain itu, David Teo juga selalu berpesan kepada pelakon dan krew supaya menjaga pantang larang seperti tidak kencing sebarangan dan membuang tuala wanita di merata tempat.

Santau yang akan menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX menampilkan barisan pelakon seperti Esma Danial yang akan melakonkan watak Halim, Putri Mardiana (Nina), Zul Handy Black (Man), Farisya Fatin (Tuty) dan Bob Lokman (Bomoh).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010

Idola Kecil Musim Kedua