in

Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010

Dengarnya, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akan memperkenalkan anak kembarnya pada Januari 2010. Memang ramai yang tak sabar nak tengok rupa anak kembar Ziana Zain yang lahir pada 23 Julai lalu. Mesti comel dan cute macam mak dan ayahnya juga.

Oh ya, kalau pembaca nak tahu, nama anak kembar Ziana Zain ialah Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin. Kedua-duanya semakin sihat. Masa dilahirkan, kedua bayi ini seberat  2.1 kilogram (Ariel) dan 1.7 kg (Nour Kaseh).  

Bayi ini dah berusia 3 bulan, masih kecil dan bukan masanya lagi nak keluar rumah untuk diperkenalkan kepada peminat. Ziana Zain pun masih tak ready lagi.

Sekarang ini, Ziana Zain tengah mengamalkan petua untuk kurus dan menjalani program pelangsingan badan bagi mengembalikan bentuk asal badannya. Dengarnya, Ziana telah menyambung kontraknya bersama produk rawatan kecantikan badan Slim World. Semoga Ziana Zain berjaya menguruskan badannya ke bentuk asal iaitu seberat 52kg. Beranak kembar ni mesti ada alignment yang lari sana sini, kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem NINJA ASSASSIN

Trailer Filem Santau Lakonan Putri Mardiana