in ,

Trailer Filem MARABAHAYA UNDERGROUND Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta

Astro Shaw telah melancarkan trailer rasmi pertama filem aksi perlumbaan Marabahaya Underground, arahan Helmi Yusof dan Cat Farish. Filem ini akan dilancarkan di Astro First bermula 2 Disember 2021.

Marabahaya Underground menceritakan tentang Chon yang meminati permotoran dan mengidolakan Shah Dhani. Kemudiaan, Shah Dhani menggunakan Chon dengan berjanji untuk jadikan Chon sebagai anak didiknya, hakikatnya untuk melepaskan diri daripada hutang. Setelah Shah Dhani melatih Chon, tiba masanya dia menyertai satu perlumbaan haram yang besar, ‘Mara Underground’ demi merebut wang hadiah yang lumayan

Filem ini diarahkan secara bersama oleh Helmi Yusof dan Cat Farish berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Subroto Katimin.

Barisan pelakon terdiri daripada Hazama, Joey Daud, Jasmin Suraya, Jian Wein, MK K-Clique, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul, Cat Farish, Zalif Sidek dan ramai lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebak Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan, Ebit Lew Hadiahkan Tiket Pakej Umrah

Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin, OPPO Reno6 Z Shiseido Boleh Ditempah Khamis Ini