in , ,

Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin, OPPO Reno6 Z Shiseido Boleh Ditempah Khamis Ini

Sebelum melabuhkan tirai 2021, OPPO Malaysia kini tampil memperkenalkan OPPO Reno6Z edisi Shiseido untuk pasaran tempatan.

Ia merupakan model edisi terhad dimana kolaborasi dengan jenama kecantikan boleh mula ditempah Khamis ini.

Sesuai dijadikan hantaran perkahwinan mahupun hadiah dimusim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, ia boleh dibeli pada harga RM1699. Pembelian akan turut disertakan sekali dengan hadiah sampingan berupa kotak hadiah edisi terhad OPPO X Shiseido, sarung pelindung telefon edisi terhad OPPO X Shiseido dan juga produk kosmetik Shiseido. Kesemua hadiah sampingan ini bernilai sehingga RM450.

Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin, OPPO Reno6 Z Shiseido Boleh Ditempah Khamis Ini

Dalam pada itu, bagi pembeli terpilih yang membeli dalam tempoh promosi ini akan turut menerima Shiseido Synchro Skin Radiant Lifting Foundation yang bernilai RM210. Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan OPPO Reno6 Z, boleh tonton video kami dibawah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Filem MARABAHAYA UNDERGROUND Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta

sooka Persembahkan Horrorscope, Koleksi Filem Seram untuk Tontonan Semua