in , ,

Sebak Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan, Ebit Lew Hadiahkan Tiket Pakej Umrah

Berita mengenai bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain ternyata memberi kesan kepada rakyat Malaysia apatah lagi terdapat 90 tekapan seterika wap pada tubuh arwah.

Kisah arwah Zulfarhan turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluangkan masa menziarahi pusara arwah Zulfarhan dan ibu bapa arwah di Skudai, Johor. Lebih sayu, kunjungan Ebit Lew itu jatuh pada tarikh hari lahir Allahyarham Zulfarhan.

“Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov,” tulisnya.

Menurut Ebit, sepanjang mereka berbual kedua ibu bapa arwah tidak henti mengalirkan air mata terkenangkan anak sulung mereka itu apatah lagi yang pergi dengan keadaan mengyayat hati.

Menerusi kunjungan tersebut, Ebit turut memberikan tiket dan pakej umrah buat ibu bapa arwah Zulfarhan sebagai hadiah sempena hari lahir arwah yang berniat untuk menghantar kedua ibu bapanya itu ke Mekah.

“Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

“Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik johor bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah,” tulisnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat.

Manakala 12 lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Squid Game Di Dunia Sebenar Dengan Hadiah Hampir RM2 Juta

Trailer Filem MARABAHAYA UNDERGROUND Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta