in

Trailer Filem Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins) di negara-negara luar terpilih, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les’ Copaque Production ini bakal menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan.

Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem yang bakal diterbitkan nanti.

Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selasa lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.


Saksikan filem animasi tersohor dan paling digemari ini mulai 12 Februari 2009 di pawagam berdekatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rafflesia

Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil