in

Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil

Selepas dapat jadi pengacara Ewah-Ewah bergandingan dengan Raja Azura, Juara Raja Lawak Nabil akan menjadi pengacara program terbaru di TV9 iaitu Pondok-Pondok dan Studio Nabil. Pelakon Filem Sifu dan Tongga ini akan menghadiri satu sidang media pengenalan program fresh TV9 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Budiey dapat tahu Nabil semakin laris dan ligat berlakon sekarang. Tak cukup dengan filem Kecoh Betul berlakon bersama Diana Danielle, Nabil sekarang sedang menjalani penggambaran filem, Momok The Movie di Temerloh, Pahang.

Koleksi Gosip Cinta Nabil & Irma Hasmie:

  1. Ada peminat nampak Nabil dan Irma bersama seorang bayi sedang makan malam di Mutiara Damansara, Irma tidak menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu, Nabil menolak kereta sorong bayi, anak angkat perempuannya apabila mereka makan malam di The Curve.
  2. Irma dikatakan menjadi orang ketiga dan menyebabkan cinta Nabil dengan gadis bernama Myra seorang pelajar Universiti Limkokwing, Cyberjaya tergendala. Padahal, mengikut Nabil, hubungannya dengan Myra dan juga Irma hanya kawan sahaja. Orang bujang, jadi bebas nak kawan dengan sesiapa sahaja.
  3. Irma juga dikatakan pernah berada di dalam kereta Nabil apabila dia menemani pelawak popular itu di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Kecoh Betul, baru-baru ini.
  4. Irma pernah dilihat memandu kereta Nabil memasuki perkarangan Sri Pentas TV3, tidak lama dulu. Apabila ditanya, Irma mengaku yang dia ada memandu kereta Nabil.

Nabil mengaku yang dia memang rapat dengan pelakon Irma Hasmie. Sekarang masih di peringkat permulaan. Rapat tak semestinya bercinta, kan? Apa-apa pun, Nabil katanya dah mulai sayang kat Irma Hasmie. Lepas sayang, barulah rasa cinta tu akan datang, tak gitu, Nabil?

Pelapis pelawak Malaysia?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Filem Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Mimie Tersingkir Dari My Starz LG