in , , ,

Toyota Lancar Kereta Toyota Vios Serba Baharu 1.5G & 1.5E Memenuhi Keperluan!

Toyota Vios, salah satu model terlaris dalam segmen bukan nasional Malaysia tampil dengan model generasi keempat mulai bulan ini.

Sehingga kini, lebih 505,000 unit model peringkat permulaan bagi keluarga Toyota ini terjual di seluruh negara sejak pelancaran generasi pertamanya pada 2003.

Populariti Vios telah menjadikannya sangat cemerlang di Malaysia dan rantau ASEAN selepas model ini berjaya memenuhi jangkaan pengguna termasuk dari aspek penjimatan bahan api yang sangat baik, kos penyelenggaraan rendah dan yang paling penting, menawarkan nilai terbaik untuk wang anda. Selain itu, model ini juga pastinya memiliki kualiti, ketahanan dan boleh dipercayai, aspek terkenal yang terpakai untuk setiap produk dalam rangkaian model Toyota.

Dalam membangunkan generasi baharu ini, seperti biasa, Toyota mendengar maklum balas daripada pelanggan bagi memahami jangkaan dan keperluan mereka. Ini amat penting kerana generasi pembeli kereta hari ini memiliki jangkaan baharu dan lebih tinggi, walaupun untuk sebuah model peringkat permulaan seperti Vios.

Objektif utama pasukan projek adalah untuk menawarkan reka bentuk yang lebih bergaya, selain menambah baik prestasi dan aspek keselamatan bagi menjadikan Vios baharu ini sebagai model unggul dalam segmennya yang sangat kompetitif. Ini akan mengekalkan Vios sebagai kereta yang ‘bangga untuk dimiliki’ dan menarik kepada segmen lebih meluas penduduk Malaysia.

Bagi Vios baharu, dua varian ditawarkan iaitu Vios 1.5G dengan ciri termaju dan Vios 1.5E yang menawarkan nilai yang sangat baik. Kedua-dua varian menggunakan enjin terbukti 1.5-liter VVT-I dengan transmisi CVT baharu untuk prestasi yang lebih cekap. Kelengkapan dan ciri standard ditampilkan secara meluas, sementara gaya dan penampilan bahagian dalaman meningkatkan aspek kualiti.

Dipasang secara tempatan di Assembly Services Sdn Bhd, kilang milik UMW Toyota Motor di Selangor, Vios kini boleh didapati dengan 5-pilihan warna luaran. Ia merangkumi Platinum White Pearl, Silver Metallic, Nebula Blue Metallic, Attitude Black dan warna baharu iaitu Spicy Scarlet.

REKAAN LUARAN

Dari sudut mana pun, jelas kelihatan Vios baharu ini memiliki rekaan yang jauh berbeza berbanding generasi sebelumnya. Tema ‘Reka Bentuk Kuasa’ dicetuskan menerusi siluet fastback dengan badan lebih rendah, sekali gus mencetuskan imej lebih sporty. Jarak roda lebih panjang (+70 mm) termasuk roda berdiameter besar di setiap sudut menambahkan lagi penampilan model ini yang lebih kukuh.

Drive to Defy Experience (Media Drive Event)

Walaupun jarak roda dipanjangkan kepada 2,620 mm, dimensi Vios hanya meningkat sedikit disebabkan pemendekan lebihan bahagian hadapan dan belakang. Panjang keseluruhan kini adalah 4,425 mm, meningkat 5 mm, manakala lebar keseluruhan pula adalah 1,740 mm, iaitu lebih 10 mm berbanding generasi sebelumnya.

Bahagian hadapan hadir dengan penampilan lebih berkuasa dengan lampu depan LED anggun di kedua-dua sisi. Lampu nyalaan siang kini berada dalam setiap unit bagi menampilkan gaya lebih bersepadu. Seperti sebelum ini, lampu utama memiliki keupayaan untuk dilaraskan mengikut paras yang bersesuaian dengan beban yang berbeza dan sudut pancaran optimum yang tidak mengganggu kenderaan di hadapan. Terdapat juga fungsi ‘Follow-Me-Home’ yang dapat memastikan lampu menyala seketika bagi menerangi kawasan di hadapan kereta untuk memudahkan pemandu dan penumpang.

Toyota Vios 2023 Studio Shoot

Di bahagian belakang, unit lampu gabungan adalah anggun dan minimalis untuk mencetuskan penampilan lebih moden. LED digunakan untuk pencahayaan lebih baik serta masa pencahayaan lebih pantas. Lampu isyarat membelok juga memiliki rupa menarik dengan isyarat berjujukan, ciri yang biasanya terdapat pada kereta yang lebih mahal.

Toyota Vios 2023 Studio Shoot

Bentuk badan Vios baharu telah diperhalusi untuk mencapai kecekapan aerodinamik yang terbaik. Ini penting bukan sahaja untuk kecekapan bahan api tetapi juga kestabilan pada kelajuan yang lebih tinggi dan perjalanan yang lebih selesa dengan tahap kebisingan yang lebih rendah.

Selain bentuk yang dioptimumkan secara aerodinamik, terdapat juga ciri seperti pelindung di kawasan tertentu untuk membimbing aliran dan lubang udara dalam meningkatkan prestasi penyejukan brek. Pelindung udara belakang pula mengawal dan menyekat aliran udara pada tayar, selain mempercepatkan aliran udara bahagian bawah badan bagi mengimbangi bahagian atas, sekali gus dapat memanfaatkan lagi aspek kestabilan kereta.

BTS_TOYOTA_VIOS_2023-355

Aeroblades bagi pengelap cermin depan juga direka khas untuk mengurangkan rintangan angin, seterusnya menyumbang kepada aspek aerodinamik yang lebih baik. Bagi Vios 1.5G, terdapat fungsi sistem Sensor Hujan Automatik yang akan mengaktifkan pengelap cermin depan secara automatik apabila hujan mula mencurah ke atas cermin hadapan.

Reka bentuk baharu juga ditampilkan pada roda aloi iaitu saiz 17 inci untuk Vios 1.5G dan 16 inci bagi Vios 1.5E. Roda yang lebih besar dibaluti dengan tayar bersaiz 205/60, manakala roda yang lebih kecil pula menggunakan tayar 195/60. Bagi mengurangkan berat, tiada tayar ganti disediakan, tetapi diganti dengan kit pembaikan tayar yang boleh digunakan untuk membaik pulih tayar pancit, seterusnya membolehkan perjalanan anda diteruskan. Ketiadaan tayar ganti telah diambil kira dari sudut keselamatan dan keselesaan pemandu.

Toyota Vios 2023 Exterior

STRUKTUR BADAN/CASIS

Vios baharu memiliki platform serba baharu. Platform baharu ini dibangunkan dengan pendekatan penjimatan berat tanpa berkompromi dengan ketegaran dan kekuatannya. Seni binanya juga merangkumi elemen suspensi untuk mencapai kestabilan dan keselesaan yang mendahului kelasnya. Suspensi terdiri daripada tupang hadapan MacPherson dan belakang torsion beam memberikan pengendalian yang lincah dan kestabilan yang sangat baik.

Untuk kuasa berhenti yang selamat, sistem brek pada Vios 1.5G menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda hadapan dan belakang. Varian ini juga dilengkapi dengan Brek Parkir Elektronik dan fungsi Auto Brake Hold untuk operasi yang lebih mudah.

REKAAN DALAMAN

Kabin Vios baharu direka semula dengan mengambil kira kelebihan yang ditawarkan oleh platform baharu itu. Jarak roda yang lebih panjang juga telah memberikan keselesaan yang lebih baik dengan keluasan dipertingkatkan, terutama bagi penumpang belakang yang mendapat lebih banyak ruang untuk kepala, pinggul dan bahu. Bentuk dan kedudukan sandaran kepala juga dioptimumkan untuk memastikan sokongan maksimum apabila duduk dan mudah ketika keluar masuk.

07 3D PVM B Preview

Tempat duduk hadapan juga telah direka bentuk semula untuk sokongan yang lebih baik bagi mengurangkan keletihan, terutamanya dalam perjalanan jauh. Kulit digunakan untuk upholsteri tempat duduk Vios 1.5G dan ia mengguna pakai trend global yang bercorak kecil dan struktur benang 3D. Ini menampilkan ciri kualiti premium yang lebih kukuh daripada sebelumnya.

Meningkatkan lagi suasana premium di dalam kabin adalah pencahayaan ambien 64 warna, iaitu ciri yang biasanya ditawarkan dalam model yang lebih mahal. Dengan Vios 1.5G, sehingga 64 warna boleh dipilih untuk pencahayaan ambien agar sesuai dengan mood atau pilihan yang berbeza. Pencahayaan ambien berada di sekeliling konsol tengah dan poket sisi selain mudah ditetapkan dengan satu butang. Bagi melengkapkan lagi ciri ini ialah plat bercahaya pada setiap ambang pintu & lampu tapak kaki hadapan.

Reka bentuk papan pemuka baharu juga adalah lebih elegan dan lebar dengan bentuk bersambungan antara pintu ke pintu. 2-Tona coklat gelap dan lembut menampilkan impak sedan mewah. Kokpit pula berorientasikan pemandu, dengan semua kawalan dan suis mudah dicapai. Untuk Vios 1.5G, terdapat panel instrumen digital yang boleh disesuaikan manakala Vios 1.5E dipasang dengan meter Optitron yang terang dan jelas. Paparan Pelbagai Maklumat (7 inci untuk Vios 1.5G, 4.2 inci untuk Vios 1.5E) menyediakan pemandu dengan semua maklumat diperlukan yang boleh dipilih menggunakan suis pada stereng.

09 Front Car Seats_

Roda stereng kini mempunyai kecondongan serta pelarasan teleskopik untuk Vios 1.5G, menjadikannya sesuai untuk pemandu dengan ketinggian yang berbeza supaya setiap pemandu boleh mempunyai kawalan dan keselesaan optimum. Suis pada setiap sisi stereng disusun dalam susun atur intuitif untuk kemudahan pengendalian dan penggunaan tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng. 

Di bahagian tengah papan pemuka, panel paparan skrin sentuh 9-inci digunakan untuk sistem audio dan sistem infotainmen serta 3D Panoramic View Monitor (PVM). Dengan ketersambungan tanpa wayar Android AutoTM dan Apple CarPlay, aplikasi telefon pintar (Waze, Spotify, dll) boleh dipindahkan dengan mudah dan digunakan menerusi skrin. Ruang penyimpanan untuk telefon pintar tersedia di bawah kawalan pendingin hawa. Tiga port pengecasan USB disediakan, di mana port USB Belakang adalah pengecas pantas dengan satu daripadanya adalah Type-C untuk peranti yang lebih baharu.

Kotak konsol yang direka bentuk semula di antara tempat duduk hadapan mempunyai ruang penyimpanan dan juga berfungsi sebagai perehat tangan untuk perjalanan yang selesa. Selain itu, terdapat poket sisi untuk barangan kecil seperti kunci atau kad tol. Terdapat juga ruang penyimpanan lain di sekitar kabin, termasuk pintu di mana botol minuman boleh disimpan.

Dashboard Frontal (Series G)

Penumpang Vios 1.5G kini boleh menempuh perjalanan dengan lebih selesa dengan sistem pendingin hawa automatik sepenuhnya yang mengawal suhu dan isi padu aliran udara. Suhu kabin dikekalkan pada tahap yang diingini dengan udara mengalir melalui penggunaan corong yang berbeza. 

Baharu untuk model ini ialah penyediaan corong pendingin hawa belakang di belakang kotak konsol tengah untuk mengalirkan udara sejuk ke bahagian belakang.

Kedua-dua varian Vios kini didatangkan dengan Perakam Video Digital Hadapan (DVR) dengan Ketersambungan Telefon Pintar yang berfungsi untuk merakam perjalanan serta merekodkan bukti kejadian sekiranya berlaku insiden. 

Seperti sebelum ini, Vios didatangkan dengan kemudahan Sistem Smart Entry & Push Star, menyaksikan kunci tidak lagi diperlukan, apatah lagi menekan butang kekunci. Untuk generasi terkini, sistem Smart Entry telah di naik taraf dengan Sensor Sentuh pada pemegang pintu. Hanya sentuh pada sensor akan mengunci/membuka pintu. Untuk ketenangan fikiran, jika kunci kawalan jauh tidak dikeluarkan oleh pemandu, sistem Smart Entry tidak akan membenarkan pintu dikunci.

07 Luggage Space_00 copy_op01

Walaupun tampil dengan reka bentuk fastback yang anggun, ruang bagasi dalam Vios baharu adalah lebih besar berbanding generasi sebelumnya. Ia kini memiliki isi padu 475 liter dengan kedalaman 1,060 mm untuk barangan panjang atau beg pakaian yang lebih besar. Dulang bagasi kalis air juga disediakan yang menutup seluruh lantai but supaya barang basah tidak merosakkan permaidani dan ia juga mudah dicuci apabila perlu.

TRENKUASA

Vios baharu dikuasakan dengan enjin baharu 2NR-VE Dual VVT-i 4-silinder 16-valve DOHC. Tindak balas enjin telah dipertingkatkan berbanding enjin yang digunakan sebelum ini, dengan kuasa maksimum berada pada paras 106 PS pada 6,000 rpm dan tork maksimum 138Nm pada 4,200 rpm. 

3 Mod Pemanduan – NORMAL, ECO dan POWER – yang boleh dipilih pemandu untuk disesuaikan dengan keadaan pemanduan yang berbeza atau mengikut pilihan sendiri.

Penghantaran kuasa ke roda hadapan melalui transmisi pembolehubah berterusan (CVT) serba baharu. Ini ialah CVT 7-kelajuan dengan transmisi Sequential Shiftmatic yang hadir dengan mod manual untuk pemandu memilih gear maya menggunakan paddle shifters (1.5G) atau menggunakan tuil shift. Operasi Split Mode CVT juga mengoptimumkan prestasi untuk kecekapan bahan api maksimum dan prestasi yang dinamik.

KESELAMATAN

Toyota sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan pengguna apabila mereka bentuk kenderaannya. Vios baharu tidak terkecuali dan mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan semasa di Malaysia. Walaupun platform baharu itu meningkatkan kekuatan dan ketegaran struktur untuk Keselamatan Pasif yang lebih baik apabila berlakunya kemalangan, Keselamatan Aktif telah dipertingkatkan dengan lebih meluas dalam Vios baharu dengan Toyota Safety Sense (TSS), iaitu sistem keselamatan aktif bersepadu.

Sebelum ini, sistem keselamatan aktif berfungsi secara bebas untuk memberikan kestabilan, cengkaman, kawalan dan brek. Dengan TSS, beberapa sistem disepadukan dan menggunakan kamera Stereo yang dipasang pada bahagian atas cermin depan untuk memantau jalan di hadapan bagi membolehkan komputer dalaman menilai keadaan. Sekiranya terdapat risiko perlanggaran dengan kenderaan lain atau pejalan kaki, sistem akan memberi amaran kepada pemandu. 

Sekiranya tiada tindakan diambil oleh pemandu, Brek Pra-Pelanggaran akan diaktifkan untuk mengelakkan perlanggaran atau mengurangkan kesan impaknya.

Selain Brek Pra-Pelanggaran yang menjadi sebahagian daripada Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), terdapat juga sistem yang membantu memastikan kereta selamat dalam lorongnya iaitu Amaran Keluar Lorong (LDW). Menggunakan tanda jalan sebagai rujukan, sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu jika kereta itu bergerak keluar dari lorongnya yang mungkin boleh mengakibatkan perlanggaran dengan kenderaan lain. Sekiranya pemandu tidak bertindak membawa kereta kembali ke lorongnya, maka system Kawalan Keluar Lorong (LDP) akan menghasilkan daya lembut pada stereng untuk memandu kereta kembali ke dalam lorong sepatutnya. Terdapat juga fungsi Front Departure Alert yang memaklumkan pemandu apabila kereta di hadapan bergerak semasa berhenti.

Ciri tambahan untuk TSS dalam Vios 1.5G ialah Kawalan Kekal Lorong (LKC) yang membantu mengekalkan kereta dalam lorongnya semasa bergerak. Ini boleh mengurangkan keletihan dalam perjalanan jauh kerana pemandu tidak perlu terus melaraskan stereng, Kawalan Pelayaran Adaptif (bentuk kawalan pelayaran yang lebih pintar), dan Lampu Tinggi Automatik yang secara automatik bertukar antara suluhan Tinggi dan Rendah apabila perlu. Ciri keselamatan baharu pula ialah Kawalan Salah Operasi Pedal (PMC). Ini mungkin kelihatan tidak perlu tetapi terdapat kes di mana pemandu mungkin secara tidak sengaja menekan pedal pemecut dan merempuh dinding. Untuk mengurangkan risiko ini atau mengelakkan kerosakan serius, PMC akan menekan output enjin jika halangan seperti dinding dikesan di hadapan apabila pedal ditekan. Jika perlu, brek juga akan digunakan. 

Di bahagian belakang dan sepanjang sisi kereta adalah titik buta di mana pemandu mungkin tidak dapat mengesan kenderaan lain. Untuk memberi amaran kepada pemandu atau kenderaan dalam titik buta, terdapat Pemantau Titik Buta di kedua-dua sisi yang akan memberi amaran melalui petunjuk pada cermin sisi. Selain itu, semasa mengundur, sensor akan memantau kedua-dua belah kereta dan memberi amaran kepada pemandu jika ada kenderaan yang menghampiri. Gerakan mengundur juga akan dibantu oleh PVM 3D definisi tinggi. 

KESELAMATAN KENDERAAN

Termasuk dalam Vios baharu ialah Sistem Telematik Kenderaan (VTS) yang sentiasa boleh menjejaki lokasi kereta menggunakan isyarat GPS/GSM. Ini akan membolehkan ia dikesan jika ia dicuri supaya proses pengesanan lebih pantas oleh polis. Pemilik boleh menggunakan aplikasi proprietari yang dipasang pada telefon pintar atau tablet untuk melihat maklumat mengenai lokasi kenderaan. Selain lokasi, aplikasi ini juga akan menyediakan dan merekodkan maklumat tentang kelajuan kenderaan serta keadaan operasi lain dengan data dihantar melalui e-mel kepada pengguna khusus.

Privasi pemilik adalah dijamin kerana Pusat Arahan 24 jam tidak memantau pergerakan kenderaan secara berterusan. Ia hanya akan mengakses maklumat sedemikian apabila dihubungi oleh pemilik melalui nombor telefon khusus. VTS akan tersedia secara percuma untuk tiga tahun pertama pemilikan.

Aspek keselamatan premium & filem penapis haba juga dipasang pada semua permukaan berkaca. Ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan dengan mengekang kemasukan haba ke dalam kabin tetapi juga menguatkan kaca untuk menahan daripada pecah.

PILIHAN AKSESORI

Pelanggan boleh menambah pilihan DVR untuk pandangan belakang. Seperti aksesori pilihan lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, kos boleh dimasukkan dalam pakej pembiayaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa di Sibu

SHEILA MAJID

Konsert Sheila Majid Big Band Live In KL Imbau Momen Nostalgia Peminat