in , ,

Konsert Sheila Majid Big Band Live In KL Imbau Momen Nostalgia Peminat

Konsert Datuk Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur (KL) baru sahaja melabuhkan tirainya.

Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), konsert berkonsepkan ‘big band’ menghiburkan lebih 3,000 peminat penyanyi legenda tanah air.

Amat popular menerusi lagu Sinaran dan Legenda, Sheila berkata pemilihan lagu tidak begitu mudah kerana perlu bersesuaian dengan iringan instrumen seperti trumpet, trombones, dan saxophones.

Konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023

“Tidak semua lagu saya sesuai untuk dibawa bersama Big Band. Pada awal segment konsert ini kami bawakan lagu rancak.. Sebenarnya ramai yang tak faham tentang apa itu Big Band.

“Jadi kami mahu tunjukkan kepada penonton, inilah Big Band. Inilah yang dipanggil sebagai ‘brass Big Band’,” katanya.

Ratu Jazz Malaysia ini yang pernah membuat konsert mega di Dewan Merdeka pada tahun 1988 mengimbau kembali momen manis pada malam konsert tersebut.

“Masa tu saya muda, pakai skirt pendek melompat-lompat. Saya rasa pada ketika itu saya masih belum berpengalaman untuk berinteraksi dengan penonton.

“Perkara yang berubah adalah sekarang ini saya sudah semakin yakin dalam direction muzik saya, dan lebih mahir dalam berinteraksi dengan penonton.

“Saat saya naik stage semasa lagu pertama itu, saya sebenarnya sedang memperhatikan seluruh dewan.. Sayu melihat penonton teruja,” katanya lagi.

Konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023

Sheila Majid tak rancang bersara tempoh terdekat

Dalam pada itu, Sheila yang juga terkenal menerusi lagu Antara Anyer dan Jakarta juga memaklumkan dia tidak merancang untuk bersara dari bidang seni yang sudah diceburi hampir empat dekad lalu dalam tempoh terdekat ini.

Sheila atau nama sebenar, Shaheila Abdul Majid berkata, dia juga mahu meneruskan bidang seni yang juga periuk nasinya itu dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023

“Ada satu tahap ni saya pernah merasakan bahawa cukuplah dengan dunia industri seni.. Saya pun umur dah melebihi 55 tahun. Tapi, bila saya berdoa, saya selalu cakap ‘Ya Allah, kalau kerjaya ini tak berkat, tolong buka pintu rezeki lain buat saya’.

“Tapi, saya banyak terima tawaran menyanyi. Saya suka muzik dan beraksi di atas pentas. Konsert malam ini sebenarnya menyahut permintaan peminat yang banyak kali tanya saya bila saya nak buat konsert.

“Jadi, ini yang datang, tawaran demi tawaran persembahan terutama dari pihak di Indonesia dan lebih banyak dari Malaysia,” katanya.

“Bercakap soal bersara, saya rasa tidak dan belum lagi masanya. Jadi semua boleh lihat saya menyanyi lagi untuk beberapa tahun,” 

“Saya sangat mencintai bidang muzik dan persembahan. Saya akan buat bila ada permintaan dari peminat dan tawaran tidak pernah putus.

“Melihatkan permintaan dan sambutan dari peminat, lama lagi lah saya mahu bersara, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Konsert bersama Big Band pada malam ini pun adalah memenuhi permintaan dari peminat setia,” 

Konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023

Konsert Sheila Majid Big Band Live in KL diiringi dengan 23 pemuzik dengan 13 daripadanya merupakan pemain horns, 7 orang pemuzik band bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh Pengarah Muzik tersohor, Mac Chew.

Berlangsung lebih 2 jam, Sheila membawa 20 lagu hits dan segment tribute kepada idolanya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi lagu medley Aduh Sayang, Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Tiru Macam Saya, dan Manusia.

Antara selebriti tanah yang turut hadir adalah Ziana Zain, Anuar Zain, Misha Omar dan Nur Fazura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TOYOTA VIOS

Toyota Lancar Kereta Toyota Vios Serba Baharu 1.5G & 1.5E Memenuhi Keperluan!

Festival Shopping Terbesar 73 Jam Tanpa Henti di Stylofest Mega Raya 2023