in , ,

TOSS Dedikasikan Lagu HILANG Khas Buat Ahli Keluarga Mangsa Covid-19 & Cancer

Seluruh dunia kini sedang bergelut untuk menghadapi ancaman Pandemik Covid-19 termasuklah negara kita Malaysia yang mana bilangan pesakit semakin meningkat pada setiap hari dan angka kematian juga semakin membimbangkan.

Dalam keadaan wabak yang semakin meruncing ini telah memberikan ilham kepada Tale Of Six Soulmate atau singkatannya TOSS untuk menzahirkan simpati mereka melalui lagu berentak pop rock dan disampaikan dalam versi rockestra yang menceritakan kesedihan dan kerinduan yang mendalam terhadap insan tersayang yang telah pergi selama-lamanya. 

Menurut Zali penulis lagu dan juga pemain gitar kumpulan TOSS ini berkata, lagu ini menggambarkan perasaan sedih dan pilu yang teramat akibat kehilangan anggota keluarga secara mengejut malah secara tidak langsung memberikan impak terhadap emosi setiap ahli keluarga mangsa.

KUMPULAN TOSS

Oleh itu, beliau berharap agar ahli keluarga dapat menghadapi situasi tersebut dengan tabah dan sabar serta meneruskan kehidupan dengan baik. Kesemua anggota kumpulan TOSS juga turut menyeru rakyat Malaysia agar mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan disamping menjaga keselamatan diri serta keluarga dan berharap agar pendemik ini berjaya dibendung dengan segera. 

KUMPULAN TOSS

Antara cabaran yang terbesar dihadapi dalam proses penghasilan lagu ini ialah pemergian pemain drum mereka iaitu Hefner Anak Gimas@Abang (Aboq) ketika lagu ini dalam fasa akhir pembikinan namun telah siap dirakamkan sepenuhnya.

Mendiang Aboq disahkan meninggal dunia akibat cancer di kampung halaman mendiang di Bau, Sarawak pada 23 Julai lalu selepas menderita sakit selama 2 bulan.

Kehilangan Aboq memberikan impak yang sangat besar kepada kumpulan TOSS menyebabkan mereka sepakat untuk turut menzahirkan dedikasi mereka melalui lagu ini untuk ahli keluarga pesakit cancer khasnya keluarga mendiang Aboq di Sarawak selain keluarga mangsa Covid-19. 

KUMPULAN TOSS

Tale Of Six Soulmate (TOSS) yang dianggotai oleh Athul, Zali, Pudin, JM, Boyz dan Aboq berharap agar lagu ini dapat diterima oleh penggemar muzik tanah air dan seluruh rakyat Malaysia. 

Lagu Hilang boleh didengari di seluruh digital platform muzik antaranya Youtube, Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan lain-lain. 

KUMPULAN TOSS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Terus Mara Dengan SELAMAT TINGGAL KEKASIH

Kalau Dah Jodoh Tak Kemana, Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini