in , ,

Kalau Dah Jodoh Tak Kemana, Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini

Pelakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini. Sama-sama kita doakan semoga segala apa yang dirancang berlangsung nanti dengan lancarnya.

Kalau dah jodoh tak ke mana! Selepas dua tahun pelakon Remy Ishak memutuskan pertunangan dengan Ezza Yusuf akhirnya mereka disatukan semula. Pasangan ini telah membuat kejutan kepada peminat dengan mengumumkan bahawa mereka bakal berkahwin pada hari Sabtu ini, 21 Ogos 2021.

Memetik laporan Harian Metro, sumber memberitahu pasangan itu akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di ibu kota sebelum dibawa di lokasi pernikahan pagi Sabtu ini.

Satu sidang media pengumuman rasmi akan berlangsung pada hari ini jam 11 pagi bersama Remy Ishak.

Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini

“Jadi Insya-Allah atas persetujuan kedua dua belah pihak, kami akan bernikah pada 21 Ogos 2021 ini di Kuala Lumpur,”

– Remy Ishak

Remy secara eksklusif dalam program Gempak TV yang disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria sebentar tadi.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal.

“Pernikahan akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh saya memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, insya-Allah kami akan buat,” 

– Remy Ishak
Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini. 

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu dibatalkan.

Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

“Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami,”

– Remy Ishak

Untuk info, bakal isteri Remy,  Ezza Yusof merupakan seorang usahawan  dengan mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita.

Ezza merupakan founder @2omorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh berkunjung ke laman Instagram Ezza. Pasangan itu bertunang pada Mei 2017 selepas berkenalan selama dua tahun.

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

Ezza Yusuf mempunyai seorang anak dengan nama manja yang Ezza berikan padanya ialah Baby Luq.

Apa-apa pun kami doakan semoga dipermudahkan pernikahan  pasangan ini dan berkekalan hingga ke jannah.

Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini

Biodata Ezza Yusof, Bakal Isteri Pelakon Remy Ishak 

Siapa Ezza Yusof? Pemilik nama sebenar Roszaliza Yusof ini merupakan bekas tunang kepada pelakon Remy Ishak.

Mereka yang kini berhubung kembali, bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah majlis nikah yang dijadual berlangsung pada Sabtu.

Sementara menantikannya, jom kita sama-sama semak butiran info biodata mengenai Ezza!

Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama penuhnya, Roszaliza Yusof.

2. Disapa dengan nama komersial, Ezza Yusof.

3. Berumur 38 tahun (2021).

4. Berasal dari Pahang.

5. Kelahiran 24 Mac 1983.

6. Graduan daripada Kolej Cosmopoint yang berkelulusan diploma dalam jurusan Grafik Dan Multimedia.

7. Bertapak dalam kariernya sejak tahun 2014.

8. Kini memegang jawatan sebagai pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow.

9. Pernah mereka kasut pengantin untuk beberapa figura ternama tanah air seperti Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler, Indah Ruhaila, Lufya Omar, Tasha Manshahar, Farahanim Razak dan Syafiqah Aina.

10. Akaun Instagram (IG) beliau yang didaftarkan atas nama @ezzarl mempunyai lebih 90,000 pengikut.

Remy Ishak Bakal Nikah Dengan Ezza Yusuf Sabtu Ini

Fakta Menarik

1. Merupakan teman rapat kepada aktres Nad Zainal.

2. Memutuskan untuk berhijab sejak Februari 2017.

3. Berkenalan dengan Remy Ishak sejak 2013 sebelum mengikat tali pertunangan dengan aktor itu pada Mei 2017. Mereka bagaimanapun putus tunang pada 2019.

4. Hubungan yang berakhir, terjalin semula lewat ini yang bakal membawa ke fasa perkahwinan pada 21 Ogos 2021.

5. Ezza pernah disangka berstatus janda gara-gara menjaga dua kanak-kanak bernama Dania dan Damia yang walhal adalah anak angkat kepada Remy.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Toss | 23

TOSS Dedikasikan Lagu HILANG Khas Buat Ahli Keluarga Mangsa Covid-19 & Cancer

Rozita Che Wan 2020 | 24

Keindahan Merdeka Habib, Si Rama-Rama Metafora Untuk Kempen Kemerdekaan