in ,

Anuar Terus Mara Dengan SELAMAT TINGGAL KEKASIH

Penyanyi yang mempunyi bakat yang besar dan mempunyai watak yang ceria membuatkan Anuar disenangi oleh semua peminat dan rakan-rakan. Anuar kini tampil dengan single kedua yang berjudul “Selamat Tinggal Kekasih’. Lagu yang bergenre pop rock ini dicipta oleh penulis lirik hebat iaitu E-One, manakala melodinya pula disusun oleh Zaim Em.

Tapi Cuma mimpi yang pergi tinggalkan ku selamat tinggal kekasih’ berikut adalah bait-bait lirik dari lagu yang mengisahkan tentang pasangan kekasih yang berjanji sehidup semati tetapi dimungkiri janjinya.

Menarik lagi tentang lagu ini, dalam masa seminggu lagu ‘Selamat Tinggal Kekasih’ dimuat naik di YouTube telah mendapat hamper 100 ribu jumlah tontonan membuktikan bahawa lagu ini wajar diberi perhatian dan mendapat rotasi di semua platform.

“Diharapkan anda semua dapat membantu lagu ‘Selamat Tinggal kekasih’ untuk lebih luas lagu supaya bakat yang ada pada saya tidak disia-siakan malah lebih ramai lagi bakat yang tersembunyi dapat mewarnakan lagi industri musik tanah air kita.”

– Anuar

Lagu ‘Selamat Tinggal Kekasih’ sudah boleh mula didengari disemua  pelantar digital, manakala video lirik rasmi lagu ‘Selamat Tinggal Kekasih’ ini juga boleh ditonton khas hanya di saluran YouTube Digital Sound Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

TOSS Dedikasikan Lagu HILANG Khas Buat Ahli Keluarga Mangsa Covid-19 & Cancer