in

Faizal Tahir Opening Act Konsert Nawal Al-Zoghbi

KONSERT PENYANYI TERKEMUKA LUBNAN,
NAWAL AL-ZOGHBI DI KUALA LUMPUR!

Faizal Tahir dijadualkan membuka persembahan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre

Penggemar dan peminat muzik Arab akan berpeluang menyaksikan bintang terkemuka Lubnan, Nawal Al-Zoghbi beraksi di konsert “Nawal Al-Zoghbi Live in Malaysia 2010” yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 Ogos 2010 kelak.

Konsert yang julung kali dianjurkan di Malaysia ini bakal menonjolkan kehebatan Nawal mendendangkan koleksi carta lagu-lagu hits dari 13 buah album yang pernah diterbitkan.

Konsert ini akan diadakan bersempena penglibatan Nawal dalam industri hiburan selama lebih dari 20 tahun dengan jumlah anugerah dan pengiktirafan yang tidak terkira. Konsert yang dianjurkan oleh Jojo Events Sdn Bhd ini menjanjikan sebuah persembahan penuh bertenaga, eksklusif dengan pelbagai koreografi tarian yang menarik. Selain itu, konsert ini juga akan melibatkan kerjasama daripada 13 pemuzik profesional yang dibawa khas dari Lubnan. Nawal dijangkakan membuat persembahan dihadapan lebih dari 4,000 penonton yang akan membanjiri dewan KLCC bulan hadapan.

(Kiri Ke Kanan) Andrew Ching, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, menyampaikan cek kepada Raja Azizan Suhaimi (wakil Rumah Nursalam)

(Kiri Ke Kanan), Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, Andrew Ching

“Kami berbesar hati untuk membawa artis kelas-A dari bumi Arab seperti Nawal Al-Zoghbi untuk membuat persembahan secara langsung di Malaysia. Beliau mempunyai rangkaian peminat yang besar di seluruh Asia dan dikenali sebagai seorang penghibur berbakat besar dengan persembahan yang unik dan berbeza dari yang lain,” kata Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, Pengerusi Jojo Events Sdn Bhd pada sidang akhbar yang diadakan hari ini.

“Nawal Al-Zoghbi Live in Malaysia 2010” juga merupakan konsert dengan sentuhan amal. Pihak penganjur telah memilih Rumah Nursalam sebagai penerima amal persembahan eksklusif ini. RM30,000 dari jumlah penjualan tiket akan disalurkan kepada Rumah Nursalam sebagai inisiatif pihak penganjur dalam membantu dan menyokong masyarakat yang kurang berkemampuan.

Konsert 90 minit ini akan menampilkan lagu-lagu hits dari Nawal Al-Zoghbi dengan persembahan pembukaan dari penyanyi terkenal tanahair, Faizal Tahir. Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati melalui laman web www.ticketpro.com.my

Harga tiket bermula daripada RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas) dan pas VIP (RM888).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Tour de France Menang TV LED

Maxis Launched Finder301 Malaysia First Mobile Directory