in , ,

Tonton Tiada Lama Tiada Baharu…Satu Satunya Malam Ini

REALITI TV TERBAHARU RTM : TIADA LAMA TIADA BAHARU…SATU-SATUNYA MULAI 14 JANUARI 2011

Banyak kelainan yang cuba ditonjolkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam membuka tirai tahun 2011 ini melibatkan program-program siarannya. Salah satu daripadanya adalah program realiti terbaharu terbitannya, Tiada Lama Tiada Baharu…Satu Satunya (TLTB) yang mencungkil bakat-bakat seni sekaligus mengangkat imej dan martabat bintang-bintang seni negara yang banyak berjasa dan terus popular khasnya bintang-bintang kelahiran RTM.

Membuka tirai edisi sulungnya, program TLTB yang telah pun dilancarkan oleh YBhg. Datuk Ibrahim Yahaya (Ketua Pengarah Penyiaran) pada 3 Januari 2011 lalu bertempat di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur bakal menemui penonton RTM pada 14 Jan 2011 (Jumaat), jam 9.00 malam.

Dipancarkan secara langsung menerusi TV1 dari Studio 1 Angkasapuri, Kuala Lumpur, program bersiaran sejam ini dalam episod pengenalannya mengetengahkan ikon minggu ini penyanyi tersohor tanahair, Datuk Jeffydin selain tetamu undangan khas menampilkan penyanyi popular Alyah yang muncul dengan single terbaharu bertajuk Kau Bisu.

Pengacara...azwan Ali Dan Didie Alias

Malah peserta yang bertanding minggu ini menjanjikan persaingan sengit antara Umar, Puteri dan Shiqal menerusi kategori nyanyian. Manakala Kategori Muka Iras Artis pula meletakkan saingan antara Baizura yang memiliki wajah persis Amy Mastura dengan Haimi yang wajahnya seiras pelawak terkenal tanahair, Mr Os.

Dua hos sensasi Azwan Ali dan Didie Alias bakal muncul sebagai hos rancangan dengan imej dan gaya penyampaian bersahaja. RTM yakin dua nama popular ini bakal memberikan kejutan tersendiri. TLTB dengan tagline ‘Satu satunya’ yang bertujuan melahirkan bintang-bintang realiti TV yang berwibawa lagi berkualiti dan mampu bertahan lama dalam arus perdana dunia seni negara.

TLTB yang konsep asalnya milik RTM namun telah di inovasikan konsepnya oleh pengacara sensasi, Azwan Ali ini dijangka mampu menambahkan bilangan penghibur tersohor dalam dunia seni negara. RTM yakin dan amat optimistik program realiti TV yang julung julung kalinya diterbitkan ini mampu mencetuskan satu lagi fenomena dan bakal gagah bersaing dengan lain lain program realiti TV yang telah lama popular.

Gandingan mantap Ikon terunggul dan persaingan bakat bakat baru bersama Ikon masing masing pasti menyemarakkan kembali sengatan dunia muzik tempatan. 11 ikon yang terpilih untuk sama-sama menyerikan program realiti TV terkini terbitan RTM ini adalah Datuk Jeffrydin, Mas Idayu, Noraniza Idris, Datuk David Arumugam, Datuk D J Dave, Hail Amir & Uji Rashid, Datuk M. Daud Kilau, Ramlah Ram, Aishah, Datuk A. Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed dan Jamal Abdillah.

Antara Peserta Yang Bertanding Dalam Tltb

Siaran langsung TLTB ini akan bersiaran langsung untuk 13 minggu dan Malam Kemuncak program dijangka berlangsung pada 15 April 2011.

Pendekatan ala ‘Kursus Luar Kampus’ akan diserapkan sebagai pendekatan program dalam melahirkan penuntut yang serius dalam menimba ilmu seni, khasnya muzik dan nyanyian. Pensyarah-pensyarah terlibat adalah Dia Fadilla (untuk kursus nyanyian) dan EE (untuk kursus tarian & persembahan). Manakala 11 Ikon yang tersenarai akan bertindak sebagai pensyarah jemputan khas.

Program realiti TV ini juga mencetuskan sejarah bila menyenarai pendek 61 penuntut yang bersaing untuk 2 kategori utama iaitu kategori nyanyian (39 penuntut) dan kategori muka iras artis (22 penuntut).

Program realiti TV TLTB ini juga akan menampilkan kejutan kemunculan bintang-bintang remaja popular setiap minggu, sekaligus memberikan impak kepada usaha memberikan penghargaan kepada 11 Ikon tersebut.

Dari aspek penjurian memilih finalis ke Malam Kemuncak ‘Tiada Lama Tiada Baharu’ Satu satunya, pecahan undian adalah Undian Ikon 50 %, undian Sms 30% dan undian pemerhatian 20 %. Setiap minggu, 3 penuntut akan berentap dimana seorang akan diumumkan sebagai Juara Mingguan. 11 episod persaingan mingguan akan berlangsung, 1 episod ‘PRA AKHIR’dan episod ke 13 adalah Malam Kemuncaknya.

11 Juara Mingguan akan ke peringkat akhir bersama seorang penuntut yang dipilih secara UNDI BALIK berdasarkan peratus undian tertinggi, untuk disenaraikan juga ke Malam Kemuncak program realiti TLTB pada 15 April 2011.

Anugerah yang disedikan di Malam Kemuncak adalah kategori nyanyian (Bintang Terbaik, Persembahan Terbaik, Bintang Paling Popular, Bintang Contoh dan Ikon Paling Popular). Manakala kategori muka iras artis pula bagi mencari pemenang Juara, Naib Juara dan Tempat ke 3.

Antara penaja-penaja program ini termasuklah ANCASA HOTEL & SPA , Kuala Lumpur, HABIB, MAC, MICHAEL & GUYS, Ezuwan Ismail – pereka fesyen, Wanpa – pereka fesyen, Jeffriey Ibrahim – pereka fesyen, Ariff Shukor – pereka fesyen, MEDIA HIBURAN dan MURAI.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Field Trip! USA Season 2

Malaysia’s Toon Creator Awards Winners