in ,

Tonton Pilih Kasih Peringkat Akhir Ahad Ini di TV2

Pada 11 Ogos 2009 lalu, jam 8 malam, satu majlis makan malam sambil beramah mesra dengan finalis Pilih Kasih telah diadakan Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay. Selain krew, sifoo Rasyam Nor dan juga Erma Fatima, seramai 10 orang finalis, 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan telah hadir. Secara kebetulan. Tapi hanya seorang sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang. Juga akan ada pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik yang dipilih oleh 5 orang juri dan tenaga pengajar Pilih Kasih terdiri daripada Along Kamaluddin dan Amy Maziah (Drama Pendek bersiri), Rohani Yusof (Seni Lakon), Rusminah Tahir (Monolog) dan Erma Fatima (Teater Muzikal).

Budiey nak ucapkan TAHNIAH kepada Rosyam Nor dan semua krew penerbitan kerana telah mengangkat program realiti terbaru ini menjadi Program Realiti No. 1 di Malaysia. Pilih Kasih telah mengumpulkan 2 juta penonton di RTM. Banyak gak tu~!

Jadi, tahun depan, sudah tentu RTM takkan ragu-ragu untuk meneruskan pencarian pelakon berkaliber musim kedua pulak lepas ni~!

Tahniah juga buat penaja TM yang merupakan penaja tunggal.

Rosyam Nor nilai setiap peserta bukan sekadar bakat tetapi personaliti, sikap dan disiplin.

Hanya yang terbaik sahaja akan bergelar juara. Itu kata Rosyam Nor.~! Yang penting tiada dasar pilih kasih untuk menentukan juara. Sesiapa pun boleh jadi juara. Tapi rasanya pastinya dah ada finalis yang menjadi favorite Rosyam Nor kerana Rosyam dah kenal luar dan dalam. Apa-apa pun, kata Rosyam Nor, tiada favoritisme dalam pemilihan juara. Tinggal nak tengok persembahan mereka pada Ahad ini sahaja~! Jadi, kepada semua, buat yang terbaik.~!

Kepada pembaca, jangan lupa untuk menonton Pilih Kasih Final pada hari Ahad ini jam 8.30 malam siaran lagnsungnya di TV2. Bersiaran di Kompleks Penyiaran Tuanku Mohammad, Senawang, Negeri Sembilan. Kataya, auditorium tercanggih. Turut hadir nanti ialah Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Datuk Ibrahim Yahaya. 

Kata Rosyam Nor:

“Pemilihan dibuat dari semua aspek. Bukan saya yang mencari pelakon tetapi kriteria dimiliki finalis dalam program ini adalah seperti dikehendaki industri kita. Industri mencari pelakon yang ada bakat dalam pelbagai gelanggang seperti mereka. Saya tidak ada kompromi atau pilih kasih. Kalau betul saya bersikap sedemikian tentu dari awal lagi saya tidak menyingkirkan peserta yang ada rupa. Mereka yang dipilih ke final memang berkelayakan. Bayangkan mereka hanya mempunyai masa empat hari dalam seminggu untuk berlatih semua benda iaitu drama pendek, muzikal dan monolog. Walaupun dalam tekanan, mereka berjaya merealisasikan tugas diberikan dengan baik.”

Pada peringkat akhir yang bakal disiarkan secara langsung dari Senawang, sebanyak 50 peratus markah ditentukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 50 peratus lagi ditentukan Rosyam sendiri.

 

Sebaik program ini melabuhkan tirainya kata Rosyam, finalis akan mula sibuk di lokasi. Mereka bakal membintangi sebuah muzikal khas raya, selain itu juga mereka bakal muncul di dalam drama muzikal sebanyak 26 episod. Mereka juga bakal muncul di dalam drama terbitan Suhan Movies dan terikat dengan saluran RTM selama setahun. Dalam itu kata Rosyam, mereka tidak dibenarkan berlakon di dalam mana-mana produksi yang dibuat untuk stesen televisyen lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Keluargaku Adalah Syurga Dunia Paling Indah

Video LIVE Ingatlah Diriku Dato’ Sheila Majid & Chandra