in , ,

Tonton Filem Seram Berjudul RUMAH Lakonan Erra Fazira Mulai 24 Februari Ini

Jangan lupa menonton filem lakonan Erra Fazira berjudul RUMAH yang akan dtayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 Februari tahun ini. Sebelum itu, apa kata baca dulu sinopsis ini.

Rumah berhantu menjadi latar belakang filem seram terbaharu Malaysia berjudul RUMAH. Dibintangi oleh primadona filem Melayu yang sangat popular, Erra Fazira, filem RUMAH ini berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya.

FILEM RUMAH

Diterbitkan oleh Mojo Projects Sdn Bhd dan diarahkan oleh mendiang Kay (FDAM), Rumah melihat Erra sebagai Maya, ibu tunggal kelas pertengahan yang bekerja keras untuk anaknya Bella, lakonan bintang kanak-kanak yang memenangi anugerah, Puteri Balqis.

Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Erra berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri. Bintang veteran, Mak Jah, memegang watak sebagai ibu mertua Maya yang mengawasi Bella.

Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan seramnya bermula.

Rumah menyentuh budaya popular dan mempunyai detik-detik menyayat hati tentang pemerkasaan wanita, pembasmian kemiskinan dan pembinaan sahsiah. Skor muzik filem ini digubah dengan orkestra 50 ahli dari Bulgaria di bawah arahan komposer tempatan dan pemenang anugerah platinum berganda, Rekha Raveenderen dari Digitaltones Sdn Bhd.

Sepanjang proses penggambaran, pelbagai kejadian aneh berlaku termasuk kematian mengejut pengarah filem, Kay pada usia 44 tahun sahaja.

FILEM RUMAH

Kay adalah ahli aktif Persatuan Pengarah Filem Malaysia. Pengarah itu juga menjadi pelakon untuk filem keduanya, Mama & Macha. Beliau juga terkenal dengan karyanya di Homestay: Permainan Maut.

Filem RUMAH yang turut dibintangi oleh Asward Naslim, Sofea Shaheerah, Shyrim dan Mashanum akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 Februari tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAI HASSAN MOLEK FM

Mek Zura, Fizie, Mat Dan, Kai Hassan, Izzul Kini Teraju Utama Molek FM

Luqman Podolski Memulakan Karier Tahun 2022 Dengan Kemunculan ‘RING RING’