in , ,

Luqman Podolski Memulakan Karier Tahun 2022 Dengan Kemunculan ‘RING RING’

Bermula sebagai personaliti media sosial yang sering berkongsi video-video lucu sejak tahun 2014, Luqman Podolski menggilap bakatnya sebagai rapper menerusi kejayaan ‘Kalau Kau Rindu’ yang berada di dalam album EP ‘Hitam Putih’ pada tahun 2020.

Selain daripada mencipta kandungan video di YouTube, personaliti yang mesra disapa sebagai Luqman ini juga sudah mula mencipta kandungan permainan secara penstriman menerusi laman Facebook.

Luqman Podolski

Tidak pernah berhenti mencari idea untuk menghibur peminatnya, personaliti yang boleh melawak, berlakon, mengacara dan menyanyi ini berjaya mengekalkan namanya dalam industri kreatif sehingga kini. Sebagai pembuka tirai tahun 2022, pemilik nama sebenar Luqmanulhakim Kamaruddin ini muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘RING RING’.

Single ‘RING RING’ merupakan karya ciptaan bersama Luqman Podolski, Airliftsz dan Mingaling manakala susunan muzik oleh Mingaling, Jova Devito, Aden King dan Mas Dewangga. Sejak mula hadir dengan EP ‘Hitam Putih’, Luqman sering digambarkan sebagai penyanyi yang mempunyai keunikannya tersendiri yang disampaikan melalui lagu.

Mengulas tentang lagu ini, “Lagu RING RING ini berbeza dengan lagu-lagu saya yang sebelum ini kerana melodinya yang ‘catchy’ boleh membuatkan mereka yang mendengar turut menyanyi bersama. Lirik bagi lagu ini pula sangat mendalam dan membuatkan para pendengar berasa dekat dengan pengalaman hidup masing-masing. Saya amat berharap lagu ini dapat diterima oleh semua pendengar terutama sekali peminat-peminat saya.”

Luqman Podolski

Video muzik rasmi ‘RING RING’ arahan ATG ini menampilkan Luqman Podolski sendiri sebagai teraju utama ini dijangka akan menarik perhatian para penonton dengan jalan ceritanya yang menarik.

‘RING RING’ boleh didengari di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer, dan juga iTunes bermula 7 JANUARI 2022 manakala video muzik rasmi ‘RING RING’ boleh ditonton di saluran YouTube Black Hat Cat Records bermula 7 JANUARI 2022 pada jam 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Filem Seram Berjudul RUMAH Lakonan Erra Fazira Mulai 24 Februari Ini

ZAMAERA TRENDING

Kisah Peribadi Zamaera Dalam Mixtape ‘HEART BREAK TO HEAL’