in ,

Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut

Bagi sesiapa yang aktif bermain media sosial pada 2013, pasti mengenali seorang pemuda menerusi sebuah video tarian yang mengikut rentak lagu Sayang nyanyian artis Indonesia, Shae.

Selepas aksi tarian menjadi fenomena, pemuda yang dikenali sebagai Bobo itu antara terawal tular menghasilkan parodi di media sosial sehingga disunting syarikat produksi, Metrowealth Pictures (MiG).

Namun setelah hampir sedekad, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim tampil membuat semula parodi lagu tersebut di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut

Penampilan pemuda berusia 27 tahun itu mengejutkan ramai warganet selepas lama menghilang tanpa khabar berita, malah kelihatan semakin aktif memuat naik video di aplikasi berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat semula kemunculan Bobo yang disifatkan ‘lejen’ selepas mencetuskan fenomena dengan aksi parodinya.

Selamat kembali rakan masa kecilku!

Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut
Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut
Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut
Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut
Pernah Cetus Fenomena Parodi, Bobo Kembali di TikTok Buat Ramai Terkejut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6 Bulan Tiada Pendapatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Van Sekolah

Tonton Drama WASIAT DARI JORDAN Lakonan Aprena Manrose di TV Okey