in

Tolong! Awek Aku Pontianak Sangat Kelakar Santai

Tolong! Awek Aku Pontianak

Buat pertama kali, filem Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP) arahan James Lee menemukan Zahiril Adzim dan Sazzy Falak dilayar perak, bermula 7 Julai ini. Zahiril Adzim, Pelakon Lelaki Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM22) mahupun Sazzy, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM19, masing-masing teruja untuk beraksi buat pertama kali didalam filem komedi seram ini.

Filem ke-30 terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) turut menampilkan Liyana Jasmay, Nurul Wahab, Faezah Elai, Syanie, Bell Ngasri, Sufian Mohammad, Harun Salim Bachik, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Ruminah Sidek dan Jehan Miskin.

TAAP telah memulakan penggambaran pada 13 Mei, tahun lalu. Penggambaran yang mengambil masa selama 25 hari ini, menjalani penggambaran disekitar Kuala Lumpur. Filem yang mengeluarkan bajet sebanyak RM1.5 juta ini, akan menemui penonton di 51 pawagam diseluruh Malaysia.

Mengisahkan Bob, lakonan Zahiril Adzim. Seorang pemuda yang nasibnya sering dirundung malang. Lurus bendul, sering dibuli oleh rakan sepejabat dan dikatakan loser, tapi sangat baik hati. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkaitan dengan kerja dan kehidupan seharian, malah turut gagal dalam percintaan setelah putus dengan kekasihnya Ina (Faezah Elai).

Bob berkenalan pula dengan jirannya, seorang wanita; Maya (Sazzy Falak).  Maya sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya sebenarnya Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay). Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila kehadiran seorang wanita lain, bernama Nadia, (Nurul Wahab) Pontianak jahat yang juga kakak sulung kepada Maya dan Liyana.

Melalui filem ini juga, sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman, Hanya, nyanyian Aril Af7, diangkat sebagai lagu tema. Shuhaimi Lua dari Tanah Beris Film Productions, dipilih untuk mengarah video klip ini. Bagi penggemar karaoke, anda boleh menikmati video klip ini di semua premis RedBox diseluruh Malaysia. Disamping itu, trailer, poster dan standee turut diletakkan bagi mempromosikan lagi filem ini, dihampir kesemua premis RedBox di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu juga, pihak TUSB menjalin kerjasama bersama Kelab Motor Keicarmania, dimana pelekat kereta berlogo tajuk filem TAAP dilekatkan di 100 buah kenderaan milik kelab motor ini, diseluruh Malaysia. Malah, di majlis pelancaran filem ini , 10 buah kenderaan dari Kelab Motor Keicarmania turut hadir memeriahkan majlis. Pihak TUSB turut merakamkan jutaan terima kasih kepada mekap jenama MAC yang menjadi mekap rasmi bagi filem ini, tidak lupa juga kepada FAMA yang turut menyumbang air mineral untuk semua tenaga produksi.  Maybelinne pula terlibat selaku mekap rasmi bagi Liyana Jasmay.

Taap

Kostum Parti “Tolong! Awek Aku Pontianak”

Bagi memberi peluang kepada penonton untuk bersama-sama para pelakon TAAP, pada 3 Julai ini, TUSB dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Parti kostum, khas buat pembaca-pembaca blog Budiey.com., dimana 100 pembaca bertuah akan akan dipilih untuk memeriahkan acara ini. Disamping dapat beramah mesra bersama dan bertemu dengan pelakon filem ini, juga selebriti jemputan, mereka juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan hadiah, untuk Pakaian Kostum Terbaik. Apa sahaja pakaian atau kostum akan diadili oleh pihak juri, dan aka nada pemenangnya.  Contoh kostum adalah seperti Pontianak, lanun, pakaian seragam & sebagainya. Kesemua pembaca yg hadir akan memakai pakaian dan kostum mengikut tema yang telah ditetapkan. Untuk keterangan lanjut sila layari Budiey.com.

Taap

Dalam perkembangan lain, TUSB/Astro Shaw telah mula membuat penggambaran bagi 3 buah filem terbaru.  Afdlin Shauki kini sedang rancak membuat penggambaran sekuel kepada filem Papadom iaitu filem Papadom 2 yang masih mengekalkan Liyana Jasmay sebagai teraju utama.  Saw Teong Hin, pengarah filem Puteri Gunung Ledang, pula hadir dengan filem muzikal drama terbaru beliau bertajuk, Hoore! Hoore!, yang telah tamat  menjalani penggambaran di Janda Baik, Pahang dan Kuala Lumpur. Hoore! Hoore! adalah sebuah filem ‘tribute’ kepada Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, yang meninggalkan begitu banyak sejarah, kenangan dan jasa kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Taap

My Ghost Buddies pula, sebuah filem berbahasa Cina ketiga terbitan Astro Shaw, baru sahaja selesai menjalani penggambaran, selepas Sell Out dan Woo Hoo yang mendapat sambutan menggalakkan. Walaubagaimanapun, TUSB telah pun menerbitkan dua buah filem berbahasa Cina sebelumnya, iaitu The Collector dan Claypot Curry Killers.  Untuk My Ghost Buddies, Astro Shaw bekerjasama dengan Double Vision Pictures S/B dan sebuah syarikat dari Singapura, Homerun Pictures.  Filem ini menampilkan Mark Lee, sebagai pelakon utama.  Mark Lee sebelum ini, menunjukkan rekod kutipan panggung yang memberangsangkan di dalam filem yang beliau lakonkan di Singapura, termasuk Where Got Ghosts dan Ah Long Pte. Ltd.

Taap

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIM Umum Perubahan dalam Anugerah Industri Muzik

Gambar Selebriti di Prebiu Filem Tolong Awek Aku Pontianak