in

RIM Umum Perubahan dalam Anugerah Industri Muzik

SEKITAR PENGUMUMAN PENCALONAN KATEGORI AIM DAN PENAJAAN

28 Jun 2011, Kuala Lumpur – Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan beberapa perubahan kepada acara anugerah muzik perdana Malaysia, „Anugerah Industri Muzik‟ (AIM) dalam sidang media di sini pada hari ini.

Encik Adrian Lim, Naib Pengerusi RIM dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri memberitahu bahawa salah satu perubahan utama AIM 18 adalah masanya. Tahun-tahun sebelum ini menyaksikan acara Anugerah AIM diadakan pada hujung bulan April atau awal bulan Mei. Semasa mengumumkan bahawa acara Anugerah AIM akan diadakan pada Sabtu, 12hb November 2011, Encik Lim mengulas bahawa RIM telah mengambil kira acara-acara muzik yang lain yang diadakan sepanjang tahun.

AIM

“RIM telah membuat keputusan untuk menukar lokasi AIM ke Stadium Putra, Bukit Jalil, di mana kami berharap ia akan membolehkan lebih ramai peminat dan penyokong artis-artis tanah air and industri muzik Malaysia untuk menghadiri acara Anugerah AIM yang diadakan secara langsung kerana kapasiti tempat duduk yang lebih besar”, beliau menambah.

Encik Lim mengakui bahawa ia adalah peminat muzik tempatan dan penyokong yang menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan industri muzik, dan RIM berharap bahawa ini adalah satu cara di mana industri ini dapat memberi balik kepada mereka yang menyokong industri ini. Beliau seterusnya mengumumkan perubahan-perubahan berkenaan pencalonan, tempoh kelayakan, kategori-kategori anugerah dan kriteria, penghakiman dan rakan-rakan kerjasama:

Kelayakan & Tempoh Pencalonan

1. Dengan perubahan kepada tarikh acara Anugerah AIM, tempoh kelayakan anugerah tahun ini akan dilanjutkan untuk 18 bulan dari 1hb Januari 2010 ke 30hb Jun 2011. Tempoh penyerahan pencalonan untuk AIM 18 akan bermula pada Jumaat, 1hb Julai 2011 dan akan ditutup pada Jumaat, 29hb Julai 2011. Seperti dahulu, borang-borang pencalonan akan dikeluarkan kepada semua ahli syarikat rakaman RIM.

Kategori-Kategori

2. Perubahan paling jelas adalah pengurangan nombor kategori-kategori dari 29 anugerah ke 19 anugerah, dengan satu anugerah khas “Artis Mobile Terbaik” oleh Celcom.

3. Terutamanya, perubahan digital dalam perniagaan muzik dengan tumpuan yang lebih pada pengeluaran lagu-lagu diiktiraf dengan anugerah Album Terbaik dalam pelbagai genre (iaitu, Pop Etnik, Nasyid, Rock, Pop dan Hip Hop) telah disingkir, dengan tumpuan yang lebih terhadap Lagu Terbaik yang dikeluarkan di dalam genre-genre ini.

4. Dengan penyingkiran “Album Terbaik” dalam pelbagai kategori genre, semua album yang dikeluarkan di dalam tempoh kelayakan berkaitan akan diberi peluang untuk bertanding and dihakimi untuk kategori “Album Terbaik Tahunan”.

5. Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menganjur dua (2) acara Anugerah AIM tahunan berasingan di dalam separuh pertama tahun hadapan untuk mengiktiraf perkembangan dan sumbangan di dalam muzik India dan Cina tempatan masing-masing, AIM tahun ini akan memberi tumpuan kepada lagu bahasa Melayu dan pada kadar yang kurang lagu Bahasa Inggeris, di mana acara Anugerah Urban AIM yang sulung dicadangkan untuk berlangsung di dalam separuh kedua tahun 2012. Pengaturan sedemikian berniat untuk mengiktiraf artis-artis Malaysia yang bernyanyi di dalam pelbagai bahasa, serta ramai warga Malaysia yang telah membawa bakat mereka ke luar negara.

Kriteria

6. Kelayakan kriteria telah diubahsuai untuk hanya membenarkan lagu-lagu yang 100% dikarang oleh komposer-komposer Malaysia. Ini adalah untuk mengiktiraf penglibatan komposer-komposer dan komposisi tempatan yang kian bertambah.

Penghakiman Anugerah

7. Dalam tahun yang memperlihatkan banyak perubahan, penghakiman akan dijalankan oleh panel hakim pakar tahun ini dengan penghakiman online yang akan diperkenalkan pada tahun berikutnya.

Rakan-Rakan Kerjasama

8. Celcom merupakan penaja utama AIM meneruskan kerjasama dengan RIM yang dahulu dan berpanjangan untuk AIM dengan Astro RIA dan Astro ERA sebagai stesyen penyiar televisyen dan radio rasmi untuk AIM 18. Persatuan Akademi Industry Musik Malaysia akan terus membantu untuk menyelaraskan pencalonan dan penghakiman anugerah.

Encik Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro berkata, “Kehadiran Astro sebagai rakan media dan penyiar rasmi pada tahun ini jelas membuktikan komitmen Astro dalam menyokong industri pengisian kandungan tempatan menerusi landasan yang pelbagai bagi memberi peluang kepada penggiat muzik tanah air untuk menonjolkan hasil kerja dan kreativiti mereka yang bermutu.”

Khairul turut menambah, “Astro Ria berasa berbangga melihat penganjuran acara seumpama ini kerana ia jelas memberi peluang kepada para penggiat muzik tempatan yang berbakat besar untuk mendapat penghargaan dalam industri muzik tanah air dengan menghasilkan karya-karya seni muzik yang lebih kreatif dan inovatif. Kami akan terus menyokong apa jua usaha untuk menerbitkan pengisian kandungan tempatan yang terbaik dan bermutu tinggi menerusi platfom yang disediakan supaya mampu terus membekalkan kandungan yang terbaik kepada para pelanggan kami.”

“Celcom amat berbangga kerana sekali lagi diberi peluang untuk meneruskan kerjasama dengan AIM buat kali ke 8 dan pertama kali dengan Astro. Komitmen kami dalam AIM18 adalah untuk membangunkan industri muzik tempatan dan memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, katanya lagi, untuk mencapai matlamat tersebut kami akan memperkenalkan satu kategori baru –Artist Mobile Terbaik – diperkenalkan sebagai pengiktirafan kami kepada artis yang mempunyai muat turun lagu paling tinggi termasuk pembaharuan dalam Call Me Tones.

Zalman berkata,“Celcom juga menawarkan kepada para pelanggan kami peluang keemasan untuk duduk bersebelahan dengan artis kegemaran mereka semasa AIM18 menerusi promosi “Be A Star at AIM18”. Untuk menyertai promosi ini, mereka hanya perlu mendail *118# daripada telefon bimbit dan memuat turun isi kandungan eksklusif AIM18 seperti Call Me Tones, Full Songs, True Tones, X Tunes, muzik videos dan wallpapers. Nantikan pelancaran promosi “Be a Star at AIM18” ini! Tambahan lagi, mulai bulan September depan, Celcom juga akan menganjurkan beberapa siri jelajah bagi mempromosi AIM18 yang menawarkan pelbagai tawaran istimewa termasuk pass-pass percuma bagi menyaksikan tayangan live AIM18 pada bulan November nanti.

Selain itu, Celcom juga turut mempromosikan AIM18 melalui komuniti rangkaian sosial berasaskan-SMS pertama kami yang dikenali sebagai Kolony. Melalui Kolony, para pengguna berpeluang untuk mengemaskini atau update kawan-kawan mereka melalui elemen yang cool seperti FREN (ajak kawan-kawan dan ikut perkembangan kemaskini mereka), DING (hantar mesej-mesej peribadi kepada kawan-kawan) danBOMM (kemaskini/update status untuk dihantar kepada semua kawan-kawan). Untuk komuniti Kolony, para pengguna boleh memenangi pass-pass menyaksikan AIM18 dengan menghantar sekurang-kurang 5 BOMM atau lebih dalam satu hari. Sungguh mudah! Untuk dijangkiti infeksi Kolony, hanya perlu mendaftar via SMS, taip KOLONY <nickname> hantar ke 25333! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kolony.com.my.

“RIM berharap untuk mendapat sokongan dan perkongsian berpanjangan untuk membawa acara Anugerah AIM ke tahap lebih tinggi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang”, Encik Lim berkata.

Kategori-Kategori Anugerah AIM

  1. Artis Baru Terbaik
  2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
  5. Kulit Album Terbaik
  6. Rakaman Album Terbaik
  7. Video Muzik Terbaik
  8. Lagu Pop Etnik Terbaik
  9. Lagu Nasyid Terbaik
  10. Lagu Rock Terbaik
  11. Lagu Pop Terbaik
  12. Lagu Hip Hop Terbaik
  13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
  15. Anugerah Kembara
  16. Anugerah Sri Wirama
  17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
  18. Lagu Terbaik
  19. Album Terbaik Anugerah Khas Artis Mobile Terbaik Celcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Five Stood the Test of Cooking with Love

Tolong! Awek Aku Pontianak Sangat Kelakar Santai