in

Gambar Selebriti di Prebiu Filem Tolong Awek Aku Pontianak

Gambar Selebriti di Prebiu Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Semalam telah berlangsung, Prebiu Filem Tolong! Awek Aku Pontianak di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju pada jam 8 malam. Turut dihadiri oleh para pelakon utama seperti Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Syanie, Ameerul, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Sebuah filem komedi seram, kalau digarap dengan betul dan kena dengan cara, memang gempak jadinya. Ternyata, setelah menonton filem Tolong! Awek Aku Pontianak, Budiey rasa terhibur sangat-sangat sebab jenaka dalam filem ni memang santai. Ya, Budiey percaya, skrip filem ini memainkan peranan penting. Ia bukan 100% kelakar dari pelakon-pelakonnya. Contoh terdekat, untuk watak Bob yang dipegang oleh Zahiril Adzim yang agak lurus bendul, ternyata watak ini tak banyak mimik-mimik muka yang kelakar tapi kerana skrip yang disuntik dengan vaksin komedi, maka ia secara otomatiknya menjadi lucu.

Dari sudut mutu lakonan para penggerak utama juga tidaklah mengecewakan kerana semua orang tahu yang Zahiril Adzim yang pernah menggondol anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM22) memang tahu apa yang perlu dibuat bagi menjayakan watak Bob yang lurus bendul, baik hati dan sangat penyayang. Lafaz dialog yang agak slow, tanpa perlu meninggi suara buat Budiey rasa kasihan dan simpati dengan nasib malang yang menimpanya. Tidak kurang juga lakonan Sazzy Falak yang membawa watak heroin bergelar Maya. Dari awal sehingga tamat, penonton akan mendalami watak seorang perempuan yang berasal dari pontianak. Watak yang harus diberi pujian ialah Sufian Mohamed yang memegang watak PIAN, seorang yang berjiwa penyayang, over-protective dan selamba habis. Lakonan selamba macam ni lah yang kita nak tengok. Bukan yang terlalu nampak seperti membaca skrip.

AWAS SPOILER: JANGAN BACA PERENGGAN DI BAWAH

Terhasil dari air tangan James Lee, filem ini divisualkan dengan corak filem romantik-komedi-seram yang sangat bersahaja. Penonton banyak ketawa sampai mengilai-ngilai macam pontianak dalam filem ni pun sebab ada beberapa scene yang tak semena-mena dan tak terfikir oleh penonton. Contoh pada scene beg tangan Maya diragut oleh peragut, lalu Bob mahu menolong tapi dibuli pukul pula oleh sekumpulan Mat Rempit dan Maya bertukar menjadi pontianak lalu mengejar Mat Rempit ini dan secara mendadak ditunjukkan dengan gaya komedi, Mat Rempit ini sanggup lari masuk lori lokap polis. Ini hanya salah satu contoh gaya komedi diluar jangka.

TAAP

Kecik betul gambar ni kan? So, apa kata korang layari blog INI utk foto yang lebih BESAR

TAAP

Pelakon utama, Zahiril Adzim dan Sazzy Falak

TAAP

TAAP

TAAP

Syanie

TAAP

Sufian Mohammad

TAAP

Bob membawa watak BOB seorang pemuda yang lurus bendul.

TAAP

Sazzy Falak, pontianak yang paling cun.

Shera Aiyob

TAAP

Aril, penyanyi yang membawa lagu tema TAAP berjudul HANYA

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tolong! Awek Aku Pontianak Sangat Kelakar Santai

Drama Nora Elena Catat Sejarah