in ,

Celcom Catat Prestasi Yang Kukuh Bagi Setengah Tahun Pertama 2022 

* Pelaburan rangkaian lebih daripada RM1billion pada 18 bulan lepas memberikan keputusan positif buat pelanggan, hasil dan peningkatan keuntungan

Pelaburan berterusanCelcom Axiata Berhad (Celcom) adalah bagi menangani pertumbuhan pelanggan serta permintaan yang semakin meningkat buat perkhidmatan kesalinghubungan data telah menghasilkan prestasi positif bagi setengah tahun pertama 2022 (1H-22) buat kesemua metrik utama. Fokus syarikat yang terhadap ‘Kecemerlangan Operasi’ dan inisiatif yang transformasi iaitu penjimatan kos menghasilkan peningkatan yang konsisten bagi hasil dan keuntungan di mana ia telah meningkat sebanyak 2% dan 125% YTD.

Pelaburan rangkaian bagi memenuhi permintaan yang meningkat

Pelaburan rangkaian Celcom yang berjumlah lebih daripada RM1 bilion sejak 18 bulan yang lalu termasuklah pembangunan lapisan 4G LTE baharu pada kira – kira 9,000 tapak yang sedia ada dan tapak Rangkaian Akses Radio yang baharu termasuklah kerja-kerja optimisasi dan penambahbaikan buat kapasiti rangkaian, untuk meningkatkan perkhidmatan rangkaian 4G di seluruh negara.

Ini bagi menampung peningkatan sebanyak 14.5% data trafik berbanding tahun sebelum. Penggunaan data sebulan bagi setiap pengguna juga meningkat sebanyak 6% iaitu kepada 24.2GB sebulan bagi setiap pengguna untuk setengah tahun petama 2021(1H 2021). Penambahbaikan keseluruhan liputan perkhidmatan dan pengalaman rangkaian Celcom telah menyebabkan peningkatan sebanyak 73% bagi purata kelajuan muat turun serta pengurangan aduan sebanyak 44% setakat ini.

Selaras dengan program Jalinan Digital Negara (JENDELA), Celcom komited untuk terus membina dan membangunkan sebanyak 570 tapak rangkaian 4G LTE baharu, menaik taraf lebih daripada 700 tapak dengan teknologi LTE yang terkini dan meluaskan liputan rangkaian dengan membangunkan 670 LTE900 tapak jalur rendah. Menyokong lebih daripada 14 juta pengguna, liputan populasi 4G dan 4G LTE-A Celcom berada pada 96.21% dan 90.20%.

@celcom

Prestasi yang kukuh bagi setengah tahun pertama 2022 dipacu oleh Kecemerlangan Operasi dan Pengurusan Kos

Sejak ‘Kecemerlangan Operasi’ mula diperkenalkan pada tahun 2019, Celcom telah mencatat peningkatan yang signifikan dari segi prestasi seiring dengan pertumbuhan hasil. Momentum bagi pasaran yang kukuh pada setengah tahun pertama 2022 diteruskan dengan Celcom mencatat penambahan pelanggan sebanyak 278 ribu pelanggan sepanjang setahun.

Hasil (tidak termasuk peranti) Celcom meningkat sebanyak 4.2% YTD kepada RM3,032 juta yang didorong oleh pertumbuhan hasil prabayar dan pascabayar yang positif dengan tambahan pelanggan prabayar sebanyak 135 ribu YoY (+2.2%). Pelanggan pascabayar telah meningkat sebanyak 143 ribu pelanggan baharu YoY (+4.6%), yang didorong daripada pakej keluarga dan konvergen serta trafik perayauan yang telah kembali. EBITDA juga meningkat sebanyak +13.0% iaitu sebanyak RM1,507 juta daripada hasil yang lebih tinggi dan kos yang telah ditambahbaik, di mana ia disokong oleh inisiatif transformasi serta penjimatan kos, manakala EBIT dan PATAMI meningkat lebih daripada 100% iaitu peningkatan sebanyak RM875 juta dan RM542 juta. Kedua – dua prabayar dan pascabayar ARPU kekal stabil iaitu pada harga RM30 dan RM83.

Mengulas mengenai prestasi Celcom bagi setengah tahun pertama 2022 (1H-2022), Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad menekankan bahawa prestasi kukuh Celcom merupakan hasil daripada fokus Transformasi Kecemerlangan Operasi Syarikat bagi memenuhi permintaan di pasaran dengan memberikan perkhidmatan yang menarik serta berpatutan sambil mengekalkan kos pengurusan operasi.

“Pelaburan rangkaian kami yang berterusan serta dipertingkatkan adalah bagi menangani pertumbuhan trafik data yang pesat dan memberikan prestasi rangkaian yang konsisten dan liputan terluas kepada pelanggan kami, telah menyebabkan pengurangan yang ketara bagi aduan serta pertumbuhan dari segi keuntungan dan pelanggan. Dengan pertumbuhan hasil dan pelanggan yang menggalakkan, kami rancang untuk melabur semula ke dalam pemodenan rangkaian kami yang berterusan bagi memastikan rangkaian kami menjangkau kesemua lapisan masyarakat termasuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

“Kami juga akan kekal fokus untuk memberi nilai melalui produk yang mampu dimiliki serta perkhidmatan yang berinovasi, termasuklah mengukuhkan portfolio perkhidmatan ICT buat Perusahaan dan perkhidmatan Konvergen kami. Kami akan terus menjadi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai buat pelanggan dan ekosistem kami,” kata Idham.

Persiapan buat peringkat seterusnya

Persiapan Celcom bagimelancarkan perkhidmatan dan aplikasi 5G untuk kedua-dua pihak iaitu pengguna dan perusahaan telah dilakukan secara berterusan. Setakat hari ini, Celcom telah bekerjasama dengan pihak – pihak berkaitan dan telah berjaya menyepadukan lebih daripada 1,000 tapak 5G ke rangkaian LTE dan LTE-A. Bagi menetapkan peringkat dengan ekosistem 5G negara, Celcom telah bekerjasama dengan 39 rakan kongsi teknologi dan digital tempatan serta antarabangsa, bagi memacu penggunaan solusi 5G merentas industri.

“Kami telah mula menjalankan ujian 5G dengan pekerja kami dan juga telah menjalankan ujian 5G buat pengguna kepada pelanggan terpilih. Kami juga komited untuk membina ekosistem 5G yang teguh dengan kerjasama secara berterusan dengan pelbagai organisasi dan Perusahaan merentas industri, dengan penyelesaian dan perkhidmatan inovatif yang menyokong rangkaian 5G,” kata Idham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DATUK DR NAZRI KHAN 

Selebriti Popular Curi Perhatian di Majlis Resepsi Datuk Dr Nazri Khan 

Juri Tetap GV9 Tok Ram Berang & Marah, Portal Media Buat Laporan Salah