in , ,

TM Beri Bayangan Produk Baharu Untuk Unifi Pada 2 Disember Ini

TM baru-baru ini telah menerbitkan sebuah iklan teaser menerusi laman media sosial Facebook dan Twitter.

Iklan tersebut memberikan bayangan mengenai produk terbaharunya.

Selain daripada hashtag #KotakApaNi dan tarikh pengumuman pada 2 Disember ini, tiada informasi lain yang dikongsikan menerus hantaran tersebut.

Berdasarkan hashtag yang digunakan, dijangkakan TM akan memperkenalkan perkhidmatan akses wireless tetap(FWA) 5G melalui unifi. Tambahan pula, TM baharu sahaja menawarkan akses 5G kepada pelanggan unifi Mobile buat masa ini yang hanya terhad untuk kegunaan pada telefon pintar sahaja.

Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan jalur lebar wireless dari TM buat masa ini, anda kini ditawarkan dengan satu pilihan sahaja iaitu unifi Air yang berasaskan LTE. 

Tidak dapat dipastikan jika penawaran perkhidmatan baharu tersebut turut menawarkan kotak IPTV.

Bagaimanapun, segala persoalan mengenai iklan yang dijangka pengenalan produk baharu TM ini bakal dirungkai pada hari pengumuman tersebut. Sama-sama kita nantikan pada 2 Disember kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Watch5

Samsung Pay Memudahkan Pengalaman Anda Membeli-belah Akhir Tahun

Awal Ashaari 2020 | 16

Senarai Pencalonan Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32