in ,

Senarai Pencalonan Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32 

Filem Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah arahan Datuk Zahim Albakri Ikmal mendominasi 14 daripada 26 pencalonan pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan Majlis Sidang Media Kedua Festival Filem Malaysia (FFM32) yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah diadakan bagi memberikan penerangan dan maklumat terperinci berkenaan dengan persiapan penganjuran FFM32 yang bakal diadakan pada 2 November 2022 di Encore, Melaka. 

Filem yang menampilkan Allahyarham Jit Murat sebagai penulis skrip itu dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang mempertaruhkan bintang veteran, Datuk Rahim Razali; Pelakon Wanita Terbaik (Bernie Chauly); Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Rahim Albakri).

Turut bersaing Zahim bagi kategori Pengarah Harapan serta Bernie dan Joelah Charles bagi kategori Pelakon Wanita Harapan.

Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah turut tercalon dalam kategori Rekaan Busana Terbaik; Penataan Seni Terbaik; Skor Muzik Asal Terbaik; Lagu Tema Terbaik; Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Pada 2012, filem Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah pernah diklasifikasikan tidak sesuai untuk tayangan umum oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Ini berikutan babak yang menampilkan situasi ‘Malaikat lalu’ lakonan Allahyarham Jit dan Harith Iskander serta beberapa elemen lain dalam filem berkenaan.

Namun, selepas disunting, akhirnya filem Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah diluluskan LPF pada Mac 2020 untuk ditayangkan.

Selain itu, filem ketenteraan Air Force The Movie : Selagi Bernyawa meraih 13 pencalonan iaitu untuk kategori Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Filem Juang yang mengangkat apresiasi dan penghormatan kepada petugas barisan hadapan lakonan Janna Nick, Izzue Islam, Zul Ariffin dan Sangeeta Krishnasamy pula meraih 10 pencalonan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, berkata filem bersaing kali ini lebih baik berdasarkan kepada jumlah tontonan, kutipan dan maklum balas positif penonton.

“Tidak ada kajian khusus untuk kita membandingkan kualiti filem tahun lalu dengan tahun ini.

“Tetapi berdasarkan sambutan, maklum balas penonton dan kutipan, kita dapat lihat kualiti filem pada FFM32 lebih baik,” katanya pada sidang media FFM32 di sini, hari ini.

FFM 32 bertemakan Filem Kita, Citra Kita akan dianjurkan di Encore, Melaka pada 2 Disember ini.

Festival itu dijangka dihadiri lebih 1,400 jemputan termasuk 250 calon serta 21 artis veteran Singapura dan tempatan.

FFM32 akan dikendalikan Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Barisan artis seperti Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha dan Hazama akan mengisi slot persembahan pada malam kemuncak itu.

Antara penyampai trofi adalah Maya Karin, Namron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh dan Ashraf Muslim.

Acara nasional berprestij ini adalah merupakan inisiatif pihak Kerajaan membangunkan platform festival filem nasional yang berprestij untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan karyawan industri perfileman tanah air.

Selain itu, FFM32 bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik di antara Kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para pemain seterusnya menjadikan FFM32 sabagai satu platform manifestasi kepada usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti bagi mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri. 

Bertemakan ‘Filem Kita, Citra Kita’ edisi FFM32 pada tahun ini selari kepada penjenamaan dan kecemerlangan penerbitan filem tempatan yang bergerak secara progresif seiring dengan pembangunan kualiti dan kandungan beridentitikan nilai tempatan serta berjaya mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa. 

Pengerusi FINAS, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa pula menyifatkan FFM32 sebagai manifestasi kepada usaha kerajaan memperkasakan industri perfileman negara melalui beberapa pembaharuan seperti pengenalan Anugerah khas Filem Antarabangsa melalui penglibatan filem-filem antarabangsa filem dari luar negara dan pemilihan Melaka sebagai lokasi utama penganjuran dalam usaha meningkatkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti. 

Majlis Sidang Media FFM32 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS memberi penerangan berkenaan informasi-informasi terkini Malam Anugerah FFM32 (Seperti di Lampiran) serta pengumuman nama Top 5 kepada yang berjaya tersenarai untuk memenangi kategori yang telah dipertandingkan. Turut dimaklumkan rakan penyiar strategik Rancangan televisyen Malaysia (RTM) 

Saksikan secara langsung Malam Anugerah FFM32 di TV2 pada jam 9.00 malam. 

Tarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)

Masa : 9.00 – 12.00 Malam

Tempat : Encore, Melaka

Siaran Langsung : TV2, RTM

PERSEMBAHAN:

  • Siti Nordiana
  • Azlan & the Typewriters 
  • Ernie Zakri
  • Zainal Abidin 
  • Marsha
  • De Fam
  • Han Byul 
  • Amir Masdi 
  • Hazama 

Penyampai Anugerah

  • YM Dato’ Sri Shah Rezza
  • Syafiq Yusof
  • Maya Karin
  • Ummi Nazeera 
  • Liyana Jasmay 
  • Azira Shafinaz
  • Hairul Azreen
  • Nadiya Nisaa
  • Fify Azmi 
  • Tunku Mona Riza
  • Sharifah Aryana
  • Fabian Loo
  • Pauline Tan 
  • Sangeeta Krishnasamy
  • Jasmine Suraya
  • Namron
  • Raja Mukhriz
  • Adrian Teh
  • Hanis Zalikha
  • Faizal Hussein
  • Zul Ariffin
  • Intan Ladyana
  • Nadhir Nasar
  • Farah Ahmad
  • Ashraf Muslim
  • Jason Chong 

Kategori – Kategori & Anugerah 

31 Kategori & Anugerah FFM32 

1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Pelakon Lelaki Terbaik
4. Pelakon Wanita Terbaik
5. Skor Muzik Asal Terbaik
6. Cerita Asal Terbaik
7. Lakon Layar Terbaik
8. Penyunting Terbaik
9. Sinematografi Terbaik
10. Penataan Bunyi Terbaik
11. Anugerah Penggiat Belakang Tabir 

12. Anugerah Seniman Sepanjang Zaman 

13. Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman 

14. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa 

15. Pengarah Harapan
16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 

18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 19. Pelakon Wanita Harapan
20. Pelakon Lelaki Harapan
21. Lagu Tema Terbaik 

22. Rekaan Busana Terbaik
23. Kesan Khas Visual Terbaik
24. Penataan Seni Terbaik
25. Poster Terbaik
26. Tatarias Terbaik
27. Anugerah Khas Juri 1
28. Anugerah Khas Juri 2
29. Anugerah Khas Juri 3
30. Anugerah Filem Box Office
31. Anugerah Filem Pendek Terbaik 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TM Beri Bayangan Produk Baharu Untuk Unifi Pada 2 Disember Ini

Busana ‘Riben Gergasi’ Elly Mazlein di GV9 Curi Perhatian Penonton