in , ,

TikTok Giat Membuang Kandungan Yang Melanggar Garis Panduan

TikTok Mengatakan Mereka Aktif Membuang Kandungan Yang Melanggar Garis Panduan Komuniti

Sejumlah video melibatkan perkauman disebabkan politik telah dimuat-naik di TikTok sejak semalam, malah turut menyentuh berkenaan dengan peristiwa 13 Mei.

Selari dengannya, pihak berkuasa tempatan termasuk SKMM telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukannya.

Pada masa yang sama, ia turut membawa kepada persoalan kenapa TikTok tidak membuang kandungan sebegitu secara automatik.

Menjawab mengenainya, TikTok mengatakan mereka pantas membuang video yang melanggar Garis Panduan Komuniti mereka, dan giat membuang video-video yang berbentuk ucapan kebencian atau ekstremisme ganas.

Orang ramai turut diminta untuk melaporkan kandungan berbahaya terus melalui fungsi terbina pada aplikasi berkenaan.

SKMM juga sebelum ini mengingatkan orang ramai supaya tidak membangkitkan sentiman kebencian dan provokasi pada media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The King’s Affection

The King’s Affection Menjadi K-Drama Pertama di 50th International Emmys

cik man

Cik Man Jawab Isu Berhubung Simbol Huruf ‘t’ Pada Jersi Portugal