in , ,

The King’s Affection Menjadi K-Drama Pertama di 50th International Emmys

Tahniah buat drama The King’s Affection yang telah membawa pulang anugerah di 50th International Emmys, yang mana berlangsung di New York pada 21 November yang lalu. 

Paling menarik, drama The King’s Affection telah memenangi anugerah Telenovela Terbaik, menewaskan pencabar yang lain, termasuklah drama dari Brazil Nos Tempos do Imerador, Two Lives dari Sepanyol dan You Are My Hero, dari China. 

Lee Geon Joon, ketua Pusat Drama KBS, berkata, “Saya sangat gembira kerana ‘The King’s Affection’ menjadi drama Korea pertama yang memenangi Emmy Antarabangsa”

The King’s Affection

“Kami akan melakukan yang terbaik supaya drama KBS dapat memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan potensi kandungan [hiburan] Korea,”

– Lee Geon Joon

The King’s Affection sebelum ini telah mendapat banyak penghormatan apabila berjaya memenangi pelabgai anugerah seperti di Anugerah Pertandingan Antarabangsa di Anugerah Drama Seoul ke-17 dan Anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Penyiaran Korea ke-49.

The King’s Affection

The King’s Affection menceritakan kisah pencintaan terlarang antara Yi Hwi (Park Eun-bin), yang menyamar sebagai saudara kembar putera mahkota yang sudah meninggal dunia, dan tutor putera mahkota, Jung Ji-un (Rowoon).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Glamping Selangor Travel

Tourism Selangor Anjur Tukang Festival Rekabentuk & Kraf 2022

Trending Viral Hiasan | 11

TikTok Giat Membuang Kandungan Yang Melanggar Garis Panduan