in , ,

Raisa Mohom Jangan Marah Nabil, Guna Bahasa Inggeris Sebab Takut Salah Bual

Nama penyanyi Indonesia, Raisa menjadi bualan ramai selepas didakwa ‘masam muka’ ketika pengacara Nabil Ahmad ‘bahan’ di Gegar Vaganza 9, Ahad lalu.

Raisa akui lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding Indonesia ketika menjadi juri jemputan GV9.

Kata Raisa, 32, dia bimbang penyampaiannya menggunakan bahasa ibunda ketika memberi komen akan disalah erti.

Sejujurnya saya takut salah cakap kerana kadang-kadang ada maksud bahasa Indonesia dan Malaysia berbeza. Saya takut kalau komen dalam bahasa Indonesia akan kurang tepat dan jadi salah.

Bagi saya, kalau cakap bahasa inggeris akan lebih tepat dan tak salah erti. Tapi pihak produksi ada beritahu tak apa kalau saya nak cakap bahasa Indonesia.

– Raisa
Raisa

Raisa berkata demikian ketika sidang media Konsert Raisa Live In Kuala Lumpur di Sunway Putra Hotel, pada Selasa.

Tambah pelantun lagu Kali Kedua, dia memohon agar netizen Malaysia tidak lagi menghentam Nabil dek kerana gurauan manja.

Raisa

Katanya lagi, dia langsung tidak terasa atau mengambil serius dengan usikan Nabil.

Keesokan hari, saya ada jumpa Nabil di radio Era FM, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat. Tolong jangan marah Nabil… kesian dia.

Dalam pada itu, Raisa memberitahu bahawa dia teruja untuk mengadakan konsert pertama kali di Kuala Lumpur.

Raisa

Ini pertama kali konsert di Kuala lumpur saya teruja datang sini. Tapi keluarga pernah duduk sini dan saya sempat jalan-jalan sini. Tapi itu kali 7 tahun lepas.

Saya sebelum ini pernah di Penang dan Kota kinabalu tapi untuk ke Kuala Lumpur masih belum pernah.

– Raisa

Terdahulu, nama Nabil menjadi perbualan netizen di seluruh media sosial susulan gurauannya mengenai komen dalam Bahasa Inggeris yang diberikan Raisa kepada persembahan peserta Hazrul Nizam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tomok

Tiket Konsert New Boyz di PJ PAC Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Cakra Khan | 14

Cakra Khan Tak Patah Semangat Berdepan Dengan Ujian Paling Getir