in

Dua Artis Indonesia Disyaki Pelacur Online, Dibayar Hingga Rp80 Juta

Dua selebriti Indonesia iaitu Vanessa Angel dan seorang lagi hanya dikenali sebagai “AF” ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

Dua artis wanita Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam pelacuran secara dalam talian membabitkan bayaran sebanyak Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).

Menurut agensi berita Antara, kedua-dua artis itu, Vanessa Angel dan seorang lagi hanya dikenali sebagai “AF” ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

Vanessa Angel
VANESSA ANGEL

Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara dipetik berkata mereka yang ditahan ialah empat saksi, dua artis iaitu Vanessa dan “AF” dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.

“Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan itu dilakukan di sebuah hotel di Surabaya. Tarifnya yang satu Rp 80 juta, satu lagi Rp 25 juta. Vanessa ke Surabaya untuk menjadi pengacara dalam satu majlis di sana.”

– Arman

Sementara itu pengurus kepada Vanessa Angel iaitu Lidya berkata beliau tidak pernah mengetahui artis itu terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

Sumber: Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Tentang Drama PUJAAN HATI KANDA

Tiket Anugerah Juara Lagu 33 Laku Keras?