in ,

DOC2US Mengembangkan Perkhidmatan Ke Myanmar

Platform teleperubatan berasaskan pengkomputeran awan bakal memberi khidmat nasihat kesihatan maya secara percuma

DOC2US, pembekal teleperubatan pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan e-preskripsi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mengumumkan perkembangan perkhidmatannya ke Myanmar sebagai rakan teknikal HOPE Telecare untuk memacu perkembangan ekosistem perubatan digital di Myanmar pada hari ini. 

Hope Telecare iaitu sebuah platform perubatan digital semua-dalam-satu atas usahasama antara Syarikat Myanmar’s Blue Ocean Investment Limited, TELEMED Company Limited dan syarikat tempatan DOC2US yang dimiliki oleh Heydoc International Sdn Bhd

Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DOC2US, berkata, “Usahasama ini merupakan langkah pertama untuk DOC2US mengembangkan teknologi tempatan kita serta penyelesaian penjagaan kesihatan di luar Malaysia. Berdasarkan sistem sedia ada DOC2US yang telah terbukti dan model perniagaan yang berasaskan elemen ”hyper-localised”, bersama dengan rakan kongsi kami, kami mensasarkan untuk melengkapi ekosistem perubatan fizikal di Myanmar dengan meringankan tugas sumber tenaga perubatan fizikal untuk membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.” 

DOC2US Mengembangkan Perkhidmatan Ke Myanmar

Dengan jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Myanmar, lebih banyak sumber negara perlu memberikan tumpuan untuk memerangi jangkitan tersebut. Usahasama tersebut telah menyeru doktor sukarelawan yang berminat untuk menyertai pasukan petugas perubatan secara maya untuk membantu meringankan beban sistem kesihatan awam. Perkhidmatan tersebut akan memberi peluang kepada masyarakat awam untuk mendapatkan rundingan kesihatan maya secara percuma. 

Htun Htun Naing, Pengerusi HOPE Telecare berkata, “Kira-kira 70% daripada populasi yang mencecah hampir 55 juta, tinggal di luar bandar di mana doktor sukar diakses, manakala kadar penembusan internet sedang berkembang pada kadar melebihi 10% tahun demi tahun dari 43% sekarang, kami percaya bahawa teleperubatan ialah arah masa hadapan untuk memperbaiki kualiti kesihatan dalam negara.” 

DOC2US Mengembangkan Perkhidmatan Ke Myanmar

Oleh sebab itu, usahasama tersebut berdasarkan akronim dalam Bahasa Inggeris, Membantu Orang Kita Setiap Hari (‘Helping Our People Everyday’ – HOPE) sebagai nama platform teleperubatan untuk aplikasi mudah alih berdasarkan misi syarikat untuk membantu rakyat Myanmar mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang berpatutan dan sama rata pada bila- bila masa dan di mana sahaja. 

Berkolaborasi dengan Microsoft, DOC2US akan memanfaatkan platform awan Microsoft Azure untuk fleksibiliti dan skalabiliti yang lebih baik. DOC2US juga membekalkan HOPE dengan sistem back-end yang mantap untuk melaksana dan menyokong platform kesihatan digital di mana pengguna platform tersebut dapat berhubung dengan pakar penjagaan kesihatan untuk memperoleh tips-tips kesihatan dan informasi lain yang berkenaan di bahagian front-end. Untuk fasa yang akan datang, DOC2US akan mengintegrasikan teknologi blockchain dalam rekod kesihatan elektronik, kecerdasan buatan dan sistem tandatangan digital bagi menambahbaik penggunaan HOPE. 

DOC2US Mengembangkan Perkhidmatan Ke Myanmar

“Dengan kejayaan pelancaran di Myanmar, kami akan berkomunikasi dengan rakan kongsi lain di jiran negara kita seperti, Kemboja, Laos dan Vietnam untuk menambahbaik aksesibiliti kepada perkhidmatan kesihatan di negara-negara tersebut. Walaupun begitu, kami masih menambah sumber di Malaysia untuk meningkatkan pegangan saham pasaran dan menubuhkan ekosistem yang lebih baik di Asia Tenggara bersama dengan rakan-rakan strategik kami,” kata Dr Choy. 

Kenali DOC2US 

DOC2US adalah penyedia preskripsi teleperubatan elektronik (e-preskripsi) di Malaysia yang telah dianugerahkan catatan “Sistem Surat Preskripsi Elektronik Pertama dengan Tandatangan Digital” oleh ‘Malaysia Book of Records’. Dengan memanfaatkan teknologi pengkomputeran awan, aplikasi ini menyediakan perkhidmatan perubatan jarak jauh yang berskala dan lancar untuk pengguna, pesakit, pelanggan korporat, penyedia perkhidmatan kesihatan, dan perkhidmatan kesihatan lain seperti klinik dan farmasi. Dengan lebih daripada 400,000 e-preskripsi yang dihasilkan sehingga kini, DOC2US diasaskan bersama olehdoktor perubatan Dr Raymond Choy, usahawan pemula Jack Lee dan syarikat pengembangan aplikasi Agmo Studio Sdn Bhd. Mereka bersama-sama mengendalikan DOC2US di bawah usaha sama bernama Heydoc International Sdn Bhd. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://doc2us.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Sambung Pengajian Doktor Falsafah di UKM

Pelancaran rasmi HONOR 50 Secara Penstriman Langsung pada 18 Oktober 2021