in , ,

Tiga Program Travelog Menarik di TV1 Sebagai Panduan Untuk Melancong

Tiga program travelog bakal mengisi slot terbaharu saluran TV1 bertajuk “Jalan-Jalan”, mewarnai pagi anda setiap hari, pukul 7.30 pagi bersiaran mulai 1 April ini. Ia termasuklah“Trolley Vs Backpackers” mulai 1 April ini, setiap Isnin dan Selasa, “Mumbai Ke London” mulai 3 April ini, setiap Rabu dan Khamis serta “Klik-Klik” musim 6 mulai 5 April ini, setiap Jumaat hingga Ahad.

Apa kata jom kita ikuti travelog “Trolley Vs Backpackers” berkonsepkan pelancongan secara mewah dan juga bajet terhad menuju ke pelbagai destinasi menarik di dalam dan luar negara. Keistimewaan program ini kerana memberi pilihan kepada penonton yang berlainan citarasa kembara. Hos Ain Edruce memilih gaya mewah manakala Moji pula mengembara cara backpackers. Mereka akan ke destinasi yang sama namun berlainan gaya dan cara. 

Di Singapura, Ain yang mengembara secara mewah memilih penginapan di ‘The Pod Capsule’ di Beach Road, berbelanja di Marina Bay Sand, menjamu selera di ‘Fika Sweedish Café’, melawat ‘Merlion Park’ dan ke Pulau Sentosa serta mencuba ‘Skyline Luge’. Moji pula tinggal di ‘Working Title’, (dorm) di Kg. Glam, dan ke Bugis Street yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong dan menjual barang murah.

Ain Edruce dalam Trolley Vs Backpakers

Di Bangkok, Thailand, Ain mengunjungi Pasar Terapung Damnoensaduak dan membeli belah di Asiathique. Sementara Moji berpeluang solat Jumaat di Masjid Chakrabongse, dan menyaksikan kebudayaan Thailand di Pasar Terapung Damnoensaduak dan Khaosan Road serta melawat “Grand Palace”. Seterusnya mereka ke Hua Hin, Thailand di mana Ain pergi ke Santorini yang berkonsep Eropah. Moji turut mengembara di Pantai Hua Hin, melakukan aktiviti laut, menunggang kuda, minum air kelapa dan belajar sambil makan ‘Som Tam’.  

Episod di Krabi, Thailand di mana Ain menjalani aktiviti ‘snorkel’ (selam snorkel) di Pulau Chicken dan memanjat 1,300 anak tangga ke Tiger Cave Temple, di puncak bukit menikmati pemandangan Krabi. Sementara Moji mengembara ke Pantai Ao Nang sambil bersiar-siar di kedai dan mencari makan malam. Moji belajar sukan Rock Climbing dari seorang jurulatih. 

Firdaus Rahmat hos Mumbai Ke London

Ada beberapa perkongsian lokasi indah di Indonesia termasuklah Pulau Bali, Indonesia, Ain ke pantai, Uluwatu melihat aktiviti luncur ombak. Di Jimbaran menikmati keindahan pemandangan laut pada waktu malam serta satu jamuan makan malam yang eksklusif. Sementara Moji bermalam di hotel yang bajet di Kuta dan ke tempat-tempat penuh dengan kebudayaan, semula jadi dan belajar luncur ombak.

Di Bandung, Indonesia pula, Ain mengembara ke Family Leisure Park, Tasik Dusun Bambu dan membeli belah di Paris Van Java. Moji pergi ke Gedung Sate meninjau bangunan, taman sekelilingnya dan menaiki Menara Gedung Sate menikmati pandangan seluruh Bandar Bandung dan ke Grafika Cikole untuk menginap di Rumah Hobbit. Lokasi Ubud Bali, Indonesia menjadi pilihan berikutnya dimana Ain singgah di Villa Alkay dan ke Pasar Seni Ubud. Menghadapi cabaran sukan Water Rafting di Sungai Ayung. Moji pula pergi ke Pasar Seni Sukawati untuk meninjau aktiviti beli-belah. Belajar bersungguh memproses Kopi Lumak dan menikmati keenakan, merasai pelbagai jenis kopi dan teh yang disediakan. 

Ia diikuti travelog kembara secara solo/backpackers ke beberapa lokasi terpilih dunia bertajuk “Mumbai ke London”bersama pengacara Firdaus Rahmat melawat ke beberapa buah negara yang terpilih seperti India, Turki, Bulgaria, Hungary, Austria, Itali, Amsterdam, Belgium dan London. Hos membawa penonton ke lokasi yang sering dikunjungi pelancong dari serata dunia dengan menggunakan bajet yang sesuai dengan konsep backpackers.

Lokasi pertama yang dilawati beliau ialah Gateway Of India, Colaba (monumen sering dijadikan sebagai ‘photography point’ oleh jurufoto seluruh dunia), The Taj Mahal Palace Hotel, Hanging Gardens Of Mumbai (taman tertua di India). Firdaus meneruskan perjalanan dengan menaiki keretapi menuju ke New Delhi. Pemandangan cantik di Kashmir turut dikongsikan yang sememangnya pelancongan adalah sektor utama di sana. Lokasi yang dilawati beliau ialah Sonamarg yang perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda, kuda dan berjalan kaki menaiki bukit. Antara lokasi lain Garden Shalimar, taman bunga berusia 300 tahun dan Masjid Jamiah, Pasar Sayur di Tasik Dhal di mana urusan jual beli dilakukan di atas bot. Qutub Minar yang merupakan menara bata tertinggi di India dikunjunginya sebelum berlepas ke Agra bagi melawat Taj Mahal.

Episod berikutnya ke Istanbul, Turki yang berada di tempat ke 7 dalam senarai destinasi pelancongan dunia. Lokasi pertama yang dikunjungi beliau ialah Blue Mosque atau Masjid Biru, melawat bangunan bersejarah Ayasofya, Grand Bazaar, menaiki feri dari Kadikoy di Istanbul Asia ke Eminonu di Istanbul Eropah dan ke Taksim Meydani. Firdaus meneruskan perjalanan dari Istanbul ke Bursa, Turki dengan menaiki feri selama 1 jam. Lokasi pertama yang dilawati beliau setibanya di Bursa ialah Masjid Ulucami Bursa. Masjid ini mempunyai keistimewaan dari seni reka bentuk arkiteknya dan juga lampu ‘candelier’. 

Dari Turki, Firdaus ke negara seterusnya, Bulgaria yang terkenal dengan banyak bangunan bersejarah. Terdapat sebanyak 9 kawasan bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO. Di bandar Plovdiv, Firdaus berkunjung ke sebuah perkampungan yang merupakan tapak bermulanya negara Bulgaria. Lokasi seterusnya ialah Budapest, Hungary dengan menaiki keretapi dari Bulgaria. Firdaus tiba di terminal keretapi Keleti Palyaudvar yang merupakan terminal terbesar di Hungary. Keistimewaan Hungary adalah pada seni bina reka bentuk bangunan yang bercirikan klasik dan mempunyai sejarah tersendiri. Firdaus juga melawat Bridge Chain yang merupakan jambatan penghubung di antara bandar Buda dan bandar Pest. 

Kembara di Vienna, Austria sempat melawat Burg Theatre yang sememangnya terkenal dari zaman dahulu. Firdaus ke Venice, Italy yang terkenal dengan jolokan ‘City Of Water’. Kemudiannya menuju ke bandar Florence, Italy yang sememangnya ramai dengan pelancong. Dari Rome ke Napoli dengan menaiki keretapi. Beliau melawat sebuah terowong yang dikenali sebagai Napoli Sotterrania. Seterusnya melawat bandar Zurich, Switzerland yang terkenal sebagai pusat perbankan dunia serta menawarkan pengalaman membeli-belah yang cukup memuaskan. Firdaus teruja melihat kecantikan Sungai Limmat yang airnya jernih kebiruan.

Diteruskan menuju ke Frankfurt, Germany dengan menaiki keretapi dari Switzerland dan sampai ke Frankfurt Main Terminal. Terdapat banyak bangunan bersejarah mahupun bangunan moden di bandar tersebut. Akhir sekali Firdaus berkunjung ke Paris, Perancis dan melawat ikon ternama iaitu Eiffel Tower dan taman yang terdapat di persekitarannya. Berdekat dengan Eiffel Tower, terdapat sebuah muzium yang terbesar di dunia iaitu Musee Du Louvre serta jambatan Paslere Leo Pot merupakan antara tempat kunjungannya. 

Saksikan program pengembaraan jelajah negara Asia bertajuk “Klik-Klik siri 6” yang menampilkan Anding sebagai hos program. Pastinya program ini dapat memberikan tip dan panduan berguna kepada penonton yang sememangnya berhasrat untuk melancong ke negara-negara yang dikunjungi ini.  

Lokasi pengembaraan pertama singgah ke kawasan menarik di Guilin, China yang disiarkan dalam lima episod berasingan. Pengembaraan dilakukan sekitar Bandaraya Guilin dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik antaranya menikmati makanan dan masakan halal di Guilin, menyusuri sungai Li dengan rakit, pertunjukan menangkap ikan dengan burung dandang, menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Yao dan lawatan ke ladang teh Gunung Yao. Masih lagi Guilin, China, pengembaraan diteruskan sekitar bandar Longsheng dan bermalam di perkampungan Ping’an. Kemudian lawatan dibuat ke sawah bertingkat di tepi bukit dan Taman Negara Longsheng.

Seterusnya mereka berada di Hanoi, Vietnam dan tempat-tempat yang dilawati ialah Teluk Halong dan bermalam di rumah kapal, lawatan ke gua/pulau kapor, pasar malam Dong Song dan masjid untuk masyarakat Islam di Hanoi. Lawatan juga dibuat ke Kompleks Ho Chin Minh di Dataran Ba Dinh, muzium etnologi pelbagai kaum Vietnam, Pekan Sapa dan perkampungan kaum Hmong di Lao Cai dan Cat Cat.

Pengembaraan semakin menarik dan mencabar apabila sampai dan melawat sekitar Bandar Raya New Delhi dan kawasan Old Delhi. Tempat-tempat yang dilawati termasuk Masjid Jama’, Qutub Minar dan India Gate. Lawatan seterusnya ke bandar Srinagar dan Gulmarg di Kashmir. Turut dillawati ialah makam Sultan Ariffin, Masjid Jamek Srinagar, Taman Negara Dashigan, tapak pesta bunga tulip, kawasan peranginan ski di pergunungan Gulmarg, perkampungan Pahalgam, Tasik Dal dan ladang perusahaan safron.

Pengembaraan berikutnya adalah ke Bandar Jaipur, Rajashtan. Tempat-tempat yang yang dilawati termasuk Red Fort, Kompleks City Palace dan Istana Angin. Pengembaraan juga dilakukan ke Patehpur Sikri, Kota Agra dan Taj Mahal di Agra, Uttar Pradesh. Sama-sama terokai keindahan negara Asia termasuklah China, Vietnam dan India dalam program ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Vivy Yusof Memohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Dikecam Isu Hina Netizen, Amyza Aznan Dakwa Ada Pihak Sengaja Tabur Fitnah