in , ,

Vivy Yusof Memohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Susulan dari kontroversi yang tercetus beberapa hari lalu yang mana kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang usahawan kosmetik yang mengeluh bahawa pekerja diberikan keutamaan, katanya golongan miskin sahaja akan “kaya” selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa yang lebih menjadi perhatian ramai ialah komen Vivy Yusof yang bersetuju dengan kenyataan pengusaha produk itu. Difahamkan, mereka dikatakan telah mempertikaikan sumbangan golongan berkenaan terhadap kerajaan selama ini. Gara-gara komen yang ditinggalkan oleh Vivy, ramai yang telah memberi tanggapan salah terhadapnya.

“Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya. Saya tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu.

“Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didakwa.

Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,”

– Vivy Yusof

Seperti sudah dijangka, kenyataan kedua-dua usahawan itu sekaligus mengundang pelbagai komen negatif dari netizen malah ada yang mengecam sehingga mahu memboikot produk mereka kerana tindakan mereka berdua yang seakan memperkecilkan golongan B40.

Setelah mendapat pelbagai kecaman, sehingga ada yang mahu memboikot kesemua produknya, Vivy Yusof dalam satu kenyataan di laman Instagram telah membuat satu permohonan maaf dan menjelaskan maksud sebenar perbualannya dengan rakannya itu.

Jelas Vivy, dia sama sekali tidak berniat mahu memperlekehkan mahupun menghina golongan B40, sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang juga sedang berhadapan dengan kerugian.

“Ibu bapa dan suami terkesan dengan kecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana dikecam pada peringkat nasional.

“Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),”

– Vivy Yusof
Vivy Yusof Memohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Meskipun sudah memohon maaf, namun isu itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Alumnai Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mewujudkan satu petisyen menuntut agar Vivy meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Sebagai info, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah UiTM pada Mei 2019.

Vivy Yusof Memohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Menerusi petisyen tersebut, Vivy dikatakan tidak menjaga nama baik dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.

Setakat hari ini, petisyen itu telah mencatat lebih 100,000 tandatangan selepas beberapa hari ia dimuat naik.

“Saya tak akan ambil peduli atau menghulurkan bantuan sekiranya memandang rendah kepada golongan ini. Saya juga tidak akan mewujudkan tabung untuk mereka.

“Saya risau dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin kesilapan datang daripada saya.

“Saya banyak bermuhasabah sepanjang tiga hari ini. Saya akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial,”

– Vivy Yusof

Petisyen itu dibuat kerana ketidakpuasan hati masyarakat terhadap Vivy yang didakwa mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Ramai penuntut UiTM yang marah dengan Vivy kerana bagi statement macam tu apatah lagi kebanyakan ibu bapa pelajar di sana adalah golongan B40 dan M40.

Ramai di antara mereka yang terus mencadangkan agar Dato’ Rizalman yang menyandang jawatan itu apatah lagi beliau sememangnya produk dari UiTM dalam bidang fesyen.

Vivy Yusof Memohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Dato’ Rizalman baru-baru ini juga tampil melalui IG live untuk sekolahkan beberapa usahawan selepas isu ini viral. Katanya, tak perlulah nak ‘rampas’ bantuan kerajaan berikan kepada rakyat yang memerlukan.

Walaupun begitu sebentar tadi Vivy Yusof akhirnya bersuara mengenai isu yang mengaitkan dirinya itu. Menerusi video berdurasi 7 minit 41 saat,yang dikongsikannya melalui laman Instagram miliknya, dia mengakui berdiam diri beberapa hari ini dari media sosial untuk muhasabah diri. 

Berikut adalah sedutan video Vivy Yusof mohon maaf secara terbuka dan memperjelaskan sendiri mengenai isu ini:

Apa yang kita faham dari video ini, Vivy Yusof memperjelaskan niat sebenarnya mengenai isu yang tular itu. Apa yang penting, Vivy Yusof telah memohon maaf kepada semua terutamanya golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya..

Malah dia turut mengakui sebagai public figure dirinya akan lebih berhati-hati selepas ini dan ia menjadi satu pengajaran. Vivy juga menafikan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 seperti tular dalam media sosial.

Vivy Mohon Maaf Secara Terbuka, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Kepada Pihak Yang Memutar Belitkan Fakta

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram (IG) Story Vivy mendakwa tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah dia tidak menyangka masyarakat mempercayainya.

Selain itu, Vivy Yusof turut menegaskan satu poster yang diedit meletakkan foto dan ayat yang dikatakan olehnya adalah tidak benar.

Malah ia menjadi lebih melampau apabila petisyen yang dibuat untuk menurunkan dirinya dari lembaga pengarah Uitm dengan menggunakan poster palsu itu.

Beliau berkata, tohmahan  dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya begitu melampau. 

Biarpun dihentam teruk, Vivy berkata, dia akan bangkit dengan semangat baharu, apatah lagi banyak pihak masih mempercayai dan memberikan semangat buatnya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itulah situasi yang dialami Vivy Yusof pada ketika ini, niat untuk menyuarakan nasib peniaga SME menjadi sebaliknya pula dan kini perniagaan Vivy sendiri menjadi taruhan kerana amarah netizen.

To Vivy, “If you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siar Surat Tuntutan Cerai Aliff Syukri di IG, Permohonan Cerai Dah Lulus?

Tiga Program Travelog Menarik di TV1 Sebagai Panduan Untuk Melancong