in

“Tidur Peluk Baju Bapa,” Anak Allahyarham Mohd Rizal Kerap Menangis, Cari Kelibat Bapa

Anak sulung Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, yang meninggal dunia selepas dilanggar pemandu lalok di Taman Pelangi di sini kelmarin merindui belaian bapanya.

Gambar Hiasan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu video yang memaparkan pemandu kereta jenis Perodua Myvi telah merempuh dua buah kereta sehingga menyebabkan seorang individu meninggal dunia.

Kehilangan Allahyarham Mohd. Rizal Buseri memberikan satu kejutan hebat buat keluarga terutamanya isteri dan anak-anak.

Allahyarham Mohd Rizal

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, anak sulung Allahyarham iaitu Nur Amani Raudah yang berusia tahun dikatakan kerap menangis kerana terlalu merindui si bapa sehingga sanggup memeluk baju bapanya ketika tidur.

Menceritakan kisah itu, ibu saudara Allahyarham iaitu Nor Farhana Amir memberitahu bukan Amani sahaja yang merindui Allahyarham, tetapi adik-adiknya juga seakan mencari kelibat bapa mereka yang tidak kelihatan di rumah sejak malam kelmarin.

Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya (Nur Amani). Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya.

Tambah Farhana lagi, mereka sekeluarga menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.

Nasib tiga anak dan isteri perlu­ dibela.

Mohd Rizal yang juga bekerja sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia telah menghembuskan nafas terakhirnya apabila kereta yang dinaikinya telah dirempuh oleh pemandu tidak bertanggungjawab. Oleh itu, Nor Farhana dan keluarga berharap agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan kepada si pelaku yang telah merempuh kereta Allahyarham sehingga menyebabkan mereka kehilangan insan tersayang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IKEA Tawar Kerja Kosong Dengan Gaji Hingga RM43,000 Sebulan, Tapi Ini Syaratnya

Maxis Paling Awal Siar Iklan iPhone 12 & Betullah Tiada Pengecas Dalam Kotak