in , ,

Maxis Paling Awal Siar Iklan iPhone 12 & Betullah Tiada Pengecas Dalam Kotak

Terkini, Maxis telah memuat naik sebuah video yang mengacah siri iPhone 12. Video ini memaparkan acahan beberapa spesifikasi asas dan pilihan warna siri iPhone 12.

Namun, perlu diingatkan bahawa segala maklumat mengenai siri iPhone 12 sehingga kini masih lagi bertahap ura-ura atau khabar angin. 

Melalui video, Maxis mengacah kewujudan empat model iPhone 12 seperti ura-ura dalam berita sebelum ini, tetapi dengan sedikit kelainan iaitu; varian More Max dengan saiz sehingga 12 inci. Apa pun, hal ini mungkin adalah gurauan semata-mata dari Maxis (tetapi kami masih berharap ianya adalah sebuah iPad Pro atau telefon boleh lipat Apple).

Maxis

Selain itu, anda juga dapat melihat paparan ayat ketiadaan pengecas/fon telinga yang disertakan bersama dalam kotak iPhone 12 (lihat gambar di atas). Antara ciri lain yang diacah adalah sensor LiDAR, 5G, cip A14 Binoic (tetapi tidak disebut secara langsung), Pay Face (mungkin Apple Pay) dan Car Face (mungkin sokongan kunci kereta digital).

Maxis

Maxis sepertinya membuat acahan berdasarkan ura-ura yang telah timbul sebelum ini. Apa yang pasti, Maxis akan menjadi salah sebuah syarikat telekomunikasi yang akan membuka pra-tempah untuk siri iPhone 12.

Sepintas lalu, iPhone 12 dikatakan akan hadir dengan varian iPhone 12 mini 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Terdapat juga beberapa produk lain yang akan dilancarkan dalam acara Apple pada 14 Oktober, 1AM (waktu Malaysia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

“Tidur Peluk Baju Bapa,” Anak Allahyarham Mohd Rizal Kerap Menangis, Cari Kelibat Bapa

Trump Dakwa Dirinya Kebal Dari Covid-19