in , ,

Tidak Sependapat dengan AC Mizal, Afdlin Shauki Tarik Diri dari Saluran Syiok TV

Umum dah tahu, pelawak Afdlin Shauki bersama pengacara Datuk AC Mizal bakal muncul dengan stesen televisyen sendiri yang diberi nama Syiok TV.

Afdlin Shauki mengambil sikap bertenang dan enggan mengeruhkan keadaan hubungannya dengan AC Mizal ketika penyanyi terbabit didakwa mencantas peluangnya untuk melangkah lebih jauh dalam perniagaan.

Pengarah dan pelakon itu berkata, kejadian berpunca selepas mereka tidak sependapat berhubung cara pengendalian saluran Syiok TV yang kini dikenali sebagai Awesome TV Asia.

Afdlin Shauki

Justeru, kata Afdlin, 48, dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjalinkan kerjasama dengan AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 47, bersama seorang lagi rakan kongsi mereka.

“Ada situasi tak setuju dan saya ambil keputusan untuk keluar. Ia berhubung ketidaksesuaian pendapat dan amalan perniagaan yang dilakukan,”

– Afdlin Shauki

Bagaimanapun, Afdlin enggan mengulas lebih terperinci ketika ditanya sama ada pengalaman dilalui membuatnya terkilan malah merenggangkan hubungannya dengan AC.

Afdlin Shauki

“Saya anggap tu rezeki dia. Saya teruskan dengan rancangan YouTube saya sendiri lepas tu. Dia pun tak ada telefon dan saya biarkan saja hal itu berlalu.

“Rezeki milik masing-masing, yang penting kita kena buat yang terbaik untuk diri sendiri. Saya tak nak cakap pasal ni lebih-lebih,”

– Afdlin Shauki

Pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan itu juga menjelaskan, seandainya ditakdirkan mereka bertembung di mana-mana, situasi itu tidak juga tidak akan mendatangkan sebarang masalah buat mereka.

“Kalau jumpa, tak ada masalah. Sebenarnya, tak ada perasaan marah pun. 

“Masa adik saya meninggal dunia baru-baru ni, dia ada hadir dan bantu angkat jenazah cuma kami tak sempat bertegur pada waktu tu,”

– Afdlin Shauki

Malaysiakini sudah cuba menghubungi AC bagi mendapatkan kenyataan.

Sumber: MalaysiaKini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda & Suami Akui Tiada Masalah Kesuburan

JBORN, UNI, BOTAK, atau NEWBOH, Siapakah Juara Muzikal Lawak Superstar?