in ,

Nabila Huda & Suami Akui Tiada Masalah Kesuburan

Memasuki tahun keempat perkahwinan, pelakon Nabila Huda mengakui dia sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Menurut Nabila, dia dan suami, Mohd Izwan Johar sentiasa bersabar dan tidak putus asa mencuba agar kehadiran si comel dalam menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Nabila Huda &Amp; Suami

“Saya dan suami tidak pernah merancang dan setiap bulan kami mencuba, cuma belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Kami juga dah pergi buat ‘check up’ dan kami berdua masing-masing tiada masalah.

“Ada ketikanya saya rasa sedih tak dapat bagi dia zuriat tapi dia pula yang okay sentiasa menenangkan saya dan dia memang sangat penyabar orangnya.

Mungkin untuk alternatif lain saya ingin cuba rawatan mengurut selepas ini.

Kalau diberikan rezeki anak, saya rasa memang dia akan jadi lelaki paling gembira dalam dunia,”

– Nabila Huda

Nabila ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Wangi yang berlangsung di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara, semalam. Filem arahan Latif Zami itu akan menemui penonton di pawagam bermula 5 September ini.

Nabila Huda &Amp; Suami

Aktres berusia 35 tahun itu berkahwin dengan Izwan yang merupakan seorang pengurus restoran pada 25 Disember 2014. Nabila mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila, 9, hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Zaidi Zailani.

Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Erra, Nabila mengatakan,

“Walaupun saya sudah lama mengenali kak Erra, tetapi ini merupakan kali pertama saya digandingkan bersama dengannya dalam satu naskhah yang sama.

“Memang pada mulanya saya ‘starstruck’ sebab dia idola saya tapi lama-kelamaan saya dapat atasi perasaan itu dan saya sangat seronok dapat berlakon bersamanya.”

-Nabila Huda

Selain Nabila, filem terbitan Resilience Studios ini turut dibintangi Erra Fazira, Shahnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir dan Nik Adam Mika.

Menerusi filem bergenre pyscho thriller ini, Nabila melakonkan watak sebagai seorang penggoda yang sudah sebati sepanjang kerjaya lakonannya.

Wangi akan ditayangkan di 79 pawagam seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira | 23

Filem WANGI Psiko Thriller Jenayah Seram Gandingan Erra & Sharnaaz

Afdlin Shauki | 24

Tidak Sependapat dengan AC Mizal, Afdlin Shauki Tarik Diri dari Saluran Syiok TV