in ,

Travelog Jejak Bangunan Bersejarah Bersama Hana Ismail Dalam TIANG DIMENSI

Berkonsepkan pengenalan dan penghargaan warisan-warisan tempat dan bangunan yang bersejarah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah program travelog terbaharu bertajuk “Tiang Dimensi”.

Lari daripada konsep travelog yang biasanya memperkenalkan lokasi percutian menarik, makanan yang enak, dan pelbagai lagi, menerusi program 13 episod ini penonton dibawa oleh pengacara Hana Ismail mengunjungi dan mengupas tentang sejarah bangunan lama di Malaysia selain melihat keindahan seni bina dan mengimbau fungsinya dari dahulu hingga kini.

SSTD_POSTER

Travelog Jejak Bangunan Bersejarah Bersama Hana Ismail Dalam TIANG DIMENSI Di TV1

Bersiaran menemui penonton mulai 5 Disember ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 11.30 malam di TV1, penonton dibawa menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia dan berpeluang berkongsi pengetahuan berkaitan tentang sejarah senibina dan fungsi sesuatu bangunan itu.

Jurnal penggembaraan pertama singgah ke Terengganu untuk menghayati keunikkan Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Rumah Losong Tujuh Puluh Tingkap dan Kota Lama Duyong. Seterusnya menggembara ke Pulau Pinang untuk menghayati keunikkan Penang Buddist Temple Assosiation, Penang Peranakan Mansion dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze.

Kunjungan ke daerah pantai timur tidak kurang menariknya singgah di Pahang Darul Makmur untuk menghayati keunikkan Muzium Sungai Lembing, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar. Seterusnya ke Kelantan untuk menghayati keunikkan Masjid Muhamadi Kota Bahru, Istana Jahar dan Muzium Islam Kota Baharu. Melengkapkan kembara di Kelantan dengan menghayati keunikkan Bank Kerapu, Muzium Istana Batu dan Masjid kampung Laut.

Selain daripada itu Hana Ismail membawa tontonan penonton menggembara ke Perak untuk menghayati keunikkan Muzium Perak, Taiping, Menara jam Taiping dan Keretapi Lama Taiping sebelum diteruskan menghayati keunikkan Sekeping King Heng, Kelab Di Raja Ipoh dan 27@Concubine.

Tak kenal maka tak cinta. Kembara diteruskan mengunjungi Negeri Sembilan untuk menghayati keunikkan Masjid Jamek Seremban, Istana Diraja Seri Menanti dan Rumah Telapak.

Tiang Dimensi

Kembara singgah di Negeri Melaka untuk menghayati keunikkan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Bangunan Stadhuy dan Villa Sentosa juga menghayati keunikkan Muzium Seni Bina, Muzium Baba Nyonya dan Rumah Demang Abdul Ghani.

Menggembara ke Negeri Johor untuk menghayati Bangunan Sultan Ibrahim, Muzium Tokoh dan Galeri Seni. Turut disiarkan perkongsian menarik di Negeri Johor mengunjungi Homestay Popchuco, Muzium Sekolah Tinggi Muar dan Bangunan Pejabat Daerah Muar.

Akhir sekali pengacara berpeluang berkongsi keindahan dan keunikan terdapat di Negeri Selangor untuk menghayati Masjid Al Mushinin, Galeri diraja Sultan Abdul Aziz dan Istana Jugra.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Tiang Dimensi1

salah satu episod Tiang Dimensi

pengacara Tiang Dimensi, Hana Ismail

Hana Ismail, pengacara Tiang Dimensi

antara yang menarik dalam Tiang Dimensi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gimik Menjadi, Muzik Video PEMATAH HATI Kini Trending Dalam Tempoh 24 Jam

Apa Yang Enak di SF COFFEE Sempena Perayaan Ni?